Pada suatu hari, seorang lelaki datang bertemu Khalifah Al-Mahdi dengan  membawa sepasang selipar. “Wahai Amirul Mukminin, inilah selipar  Rasulullah SAW. Saya hadiahkan ia kepada tuan,” katanya. “Bawalah ia ke  sini,” suruh Khalifah Al-Mahdi. Beliau menyambut selipar itu dengan  penuh hormat, lantas mencium dan menjunjungnya. Kemudian beliau menyuruh  pegawainya memberikan lela ki terbabit  wang sebanyak 10 ribu dirham. Setelah lelaki itu pulang, khalifah pun  berkata kepada orang ramai yang ada di situ bahawa beliau tahu itu bukan  selipar Rasulullah. Jadi, mereka pun bertanya, kenapa beliau tetap  menerimanya. Beliau pun memberitahu, “Jika aku menolak, dia akan pergi  kepada orang ramai dan berkata – “Aku telah menghadiahkan selipar  Rasulullah SAW kepada Amirul Mukminin, tetapi beliau menolaknya.” Tentu  mereka akan percaya. Di samping itu, ia merupakan pertolongan daripada  orang yang mampu terhadap orang yang daif sekali pun yang daif itu  zalim. Aku membeli mulut lelaki (si pe...