Kita semua pun tahu, wang RM 100 dan RM1 sama-sama dicetak dan diedarkan oleh BNM. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk diedarkan kepada masyarakat. 4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit tersebut. RM100 bertanya kepada RM1, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis". Lalu RM1 Bertanya balik kpd RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di ja...