PEDOMAN BUAT SUAMI ISTERI



♥ WAHAI SUAMI

Ingin kami sampaikan pesan Rasul junjungan. Tanggungjawabmu terhadap isteri kesayangan, wajib kau tunaikan. Hayati sabda agung, insan pilihan, perkataannya ringkas tetapi tuntas:

Seorang sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah tanggungjawab suami terhadap isterinya?. Baginda menjawab :

- Memberi makan, sekiranya si isteri ingin makan,
- Memberi pakaian sekiranya si isteri ingin memakainya,
- Jangan sesekali engkau memukul wajahnya,
- Jangan sesekali engkau menghinanya
- Jangan sesekali engkau mengasingkan diri darinya kecuali di dalam rumah
(HR Abu Daud: no.2142)

Jika diteliti hadith di atas, terdapat 3 perkara yang difokus oleh Nabi SAW, di mana ia menerangkan seluruh tanggungjawab suami:

1. Keperluan isteri wajib dilaksanakan,samada zahir dan batin.

2, Bersikap lembut dengan isteri. Wanita dan kelembutan, ibarat sutera yang halus sulaman.

3. Berlaku adil dalam menghukumnya. Usah kerana secebis kesilapan, isteri diperlakukan seperti haiwan.

♥ WAHAI ISTERI

Tanggungjawabmu tidak dilupakan. Rasul al-amin, menyampaikan pedoman. Landasan hidup kecapi kesejahteraan.
Sabda Nabi SAW: “Sekiranya aku menyuruh seseorang itu sujud kepada seseorang, nescaya aku akan menyuruh wanita itu bersujud untuk suaminya” (HR at-Tirmizi: no.1159)

Baginda bersabda lagi: “Dan wanita yang mentaati suaminya (bukan dalam perkara yang haram), maka dia akan masuk syurga dari pintu mana yang dia ingini.”(HR Ahmad: no.1661)

Jelaslah, hanya dengan ketaatan,engkau dijanjikan syurga idaman…..Walaupun tampak mudah tugasmu, namun perlaksanaannya perit, tiada siapa yang tahu. Itulah hakikat hukum Tuhan. KebijasanaanNya, tiada tandingan. Hikmah tersembunyi, akhirnya terbukti, manusia diuji, kebahagiaan dikecapi.

Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin lelaki dan perempuan) dalam kebaikan.

(HR Abu Daud: no. 2130)

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah