Posts

Showing posts from June 30, 2013

MANFAAT SUJUD DALAM SHALAT

①. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang keluar sedikit dari tempat asalnya. ②. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh. ③. Melegakan sakit hernia. ④. Mengurangi sakit senggugut ketika haid. ⑤. Melegakan paru² dari ketegangan. ⑥. Mengurangi kesakitan bagi penyakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam shalat adalah paling baik untuk rehat dan mengimbangkan bahagian belakang tubuh. ⑦. Meringankan bahagian pelvis. ⑧. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

Langit Illahi

Ibrahim bin Adham pernah ditanya bagaimana bisa dia begitu mencintai akhirat tanpa mementingkan dunia. Beliau berkata: "Kubur itu menggerunkan, tiada siapa yang boleh menenangkan aku atau menemaniku termasuk kenalan rapat hatta saudara mara kecuali amalan yang aku lakukan" "Aku mendapati perjalanan akhirat aku cukup jauh bahkan aku kekal disana dan perhitungannya ke atas aku cukup teliti sedangkan aku tidak mempunyai bekalan yang cukup, oleh itu aku berusaha tinggalkan dunia untuk aku berusaha beramal" "Aku percaya sifat al-hakim Allah, maka aku takut kelak ketika aku dihitung maka tiada amal kebaikan yang aku bawa yang memboleh membantu aku sedangkan aku impikan syurga".    Hidup dengan memandang akhirat maka kita akan menjadi manusia yang bercita-cita dan berusaha menggerakkannya .

Kuasa Doa Yang Menakjubkan – Kisah Tempe Tak Jadi Makcik Terjual

Image
Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah. Kisah yang berkisarkan tentang penjual tempe ini, wajahnya sedih kerana tempe yang dibuat langsung tidak menjadi, dan tidak laku ketika dijual di pasar. Memang secara logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum siap dimasak bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran kisah ini dan semoga kisah ini dapat memupuk perasaan sentiasa bersyukur atas ketentuan yang Allah dan tentukan untuk kita. Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersia

9 Petua Doa Mustajab dari Rasulullah s.a.w

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bers

5-things-to-do before Ramadhan.

Assalamuaalaikum warahmatullah, 3. List your du’as It was narrated in a hadith that the du’a of a fasting person will not be refused. Moreover, Ramadan is a month where ‘the gates of Paradise are opened and the gates of Hell are closed’. Therefore, it is a good idea to have a ready-list of supplications that you want to recite at anytime during Ramadan. Try taking a few minutes off your iftar time to recite your du’as, because the Prophet had said in a hadith narrated by Tirmidhi, ‘The supplications of three persons are not rejected: the supplication of a fasting person at the time of breaking fast, of a just ruler, and of a person who is wronged. Allah causes their supplications to rise above the clouds, and gates of heaven are opened for them, and Allah says, “By My Majesty, I will help you, even it be after a while.”’ (to be continued tomorrow inshaAllah)

5-things-to-do before Ramadhan...

  2. Stay Fit Performing the fast, tarawih, sahur and other Ramadan rituals on top of our other daily activities requires us to stay healthy and fit. If exercise hasn’t been part of our daily routine, it might be a good idea to insert some simple exercises in our daily routine to improve our body’s endurance. Try to do a few stretches after the fajr prayer, then climb the stairs or take a brisk walk after lunch or in the evening. In addition to prepping our body for additional Ramadan demands, exercise also promotes a better circulation of oxygen throughout our body, which will come in handy to combat drowsiness during Ramadan afternoons.

Ramadan Al Mubarak

Assalamuaalaikum warahmatullah, Before we know it, Ramadan will come in less than 2 weeks now.  InshaAllah we get to embrace the Blessed month once again, and so there are a few preparations that need to be made. Starting from today,I would like to take this opportunity to go through the 5-things-to-do so that we are all set for that happy greeting: Ramadan Mubarak! 1. Pay your fasting dues You might have missed a few fasting days last year due to menstruation, pregnancy, nursing, travelling or illness. While there are still a few days left leading up to Ramadan, it is best to use this window of opportunity to pay off your fasting dues. As stated in the Qur’an: ‘[Fasting for] a limited number of days. So whoever among you is ill or on a journey [during them] – then an equal number of days [are to be made up]. And upon those who are able [to fast, but with hardship] – a ransom [as substitute] of feeding a poor person [each day]. And whoever volunteers excess – it is

Kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang.

Image
Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. SUBUH Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BI RU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan

Sedikit Nasihat Mengenai Cara-cara Mendidik Kaum Wanita

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanita lah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGA

-Pramugari VS Ulama-

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya. Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari. Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Janganlah menghukum seseorang

Janganlah menghukum seseorang atas perbuatan mungkarnya yang lampau.. Siapa kita menentukan baik buruk syurga neraka seseorang.. Sedangkan mungkin dia telah kembali ke landasan jalan.. Sedang Allah lagi mengampunkan.. Terimalah seadanya insan itu Sebagaimana kita memperlihat diri kita.. Ya! Kadang kala kita alpa.. Seronok melihat sesuatu yg buruk perihalnya.. Sekiranya kita melatah Tidak lambat untuk mengubah.. Segeralah istigfar kepadaNya.. Mudah2an terampun segala dosa.. Dan seandainya masih leka.. Nasihatlah wahai sahabat agar kita tidak terus hanyut Menanggung dosa yg amat berat.. Segeralah berdoa dan taubat.. Semoga hidup lebih berkat.. Terima kasih kepada sahabat Sentiasa ingat memperingat In syaa Allah hidup kita diredhai sepanjang hayat.. Ya.., Allah ya..Rabb lindungilah kami dari segala kemungkaran dan hasutan.. Peliharalah kami juga dari segala kejahatan dan khianat.. Moga hidup kami lebih tenang dan selamat dunia dan akhirat..

KHAS UNTUK ENCIK SUAMI: TIPS SENTIASA DISAYANGI ISTERI

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia. 2. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat. 3. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu. 4. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya. 5. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya. 6. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda. 7. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula. 8. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya. 9. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar. 10. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tida

Cuba buat ini... Tips kasih sayang

1. Cuba cuit hidung isteri...Kalau dia kata "awak nie tebiat ker ? " senyum aje.. 2. Cuba sentuh tangan isteri...kalau dia kata " awak nie kenapa" senyum aje.. 3. Cuba pandang wajah isteri dengan penuh kasih sayang sambil kenangkan betapa penatnya dia bangun dari awal pagi menyiapkan pelbagai hingga ke malam...kalau dia kata " abang biar betul..Abang ada sembunyikan apa apa ker..? " senyum dan biarkan saje.. Sebab dia tak biasa dan kita pun tak membiasakan...selepas beberapa minggu cuba berhenti pulak. Sudah tentu si isteri akan bertanya..kenapa abang tidak lagi mencuit..memegang dan memandang penuh kasih sayang.... Dan kita akan senyum lagi.. Masa tuh lah kita akan tanya.. "Suka ke.. kalau suka baik... abang akan teruskan" Percayalah masa itulah ikatan cinta itu akan terus berbunga.. ^__^

Isteriku..

Setiap manusia punya rasa cinta yang musti dijaga kesucianya Namun ada kala insan tak berdaya, saat dusta mampir bertahta Ku ingiankan dia, yang punya setia, yang mampu menjaga kemurnianya Saat ku tak ada, ku jauh darinya, amanahpun jadi penjaga Hadirmu tempat berlindungku dari kejahatan syahwatku Tuhanku merestui itu, dijadikan engkau istriku Engkaulah bidadari surgaku… Tiada yang memahami segala kekukaranganku kecuali kamu bidadariku Maafkanlah aku dengan kebodohkanku yang tak bisa membimbing dirimu Rabbana Hablana Min Azwajina Wadzurriyyatina Qurrata A’yun Waj’alna Lil Muttaqina Imama

Oh Lia...anak Mak

Suatu Malam di dalam rumah suami isteri sedang duduk sambil menonton tv:- Isteri: Nie semua salah abang la!! Suami: Laa Apasal plak Nie! Isteri: Kan saya dah cakap dulu,jangan kasi nama LiA Kat Anak kita!abang degil,. Suami: Ok laa tu apa la awak nie Saya suka nama LIA,sedap di sebut. Isteri: Ok apanya!!Sampai semua orang jiran-jiran kita panggil saya Mama LIA.Mamalia...mamalia..mamalia....tensen tau tak?? Suami: kah kah kah