Posts

Showing posts with the label Renungan sejenak

Mengurus Nyawa 1

Bagaimana yang dikatakan kalau hidup kita diatur mengikut syariat maka secara automatik masa kita akan terurus dengan baik? Jawapan: Sebenarnya jika kita melaksanakan hukum-hakam Islam, maka secara automatik masa akan terusurs dengan baik. Ini kerana kebanyakan hukum-hakam Islam sangat mementingkan ketepatan dan pengamatan terhadap masa. Contohnya, Solat lima waktu. Ia punya waktu-waktunya tersendiri. Jika kita hendak solat Subuh misalnya, maka kita akan bangun daripada tidur lebih awal. Kita tidak akan tidur berlebihan hingga bangun lewat. Untuk bangun tidur awal tentulah kita tidak akan berjaga hingga larut malam. Begitu juga denga zakat, puasa dan haji semuanya mempunyai had masa bagi perlaksnaannya. Tegasnya, apabila seseorang itu menjaga solat, puasa, zakat dan hajinya maka seluruh persoalan hidupnya akan terurus dengan baik. Atau dengan kata-kata yang lain, dia telah menguruskan nyawanya dengan cekap dan berkesan!

Prejudis

Image
Kejahatan atau keburukan yang selalunya kita nampak ada kalanya berpunca daripada kita sendiri. Apabila kita asyik nampak akan kejahatan orang lain, boleh jadi itu petanda kita sendiri yang jahat. Tidak hairan kalau orang yang berprasangka dan prejudis sering bertemu dengan keburukan dalam hidupnya .

Harga Ikan Mahal

Seorang guru sufi sedang termenung di tepi laut yang sedang bergelora. Renungannya jauh, lama dan mendalam. Tiba-tiba seorang anak muridnya memberi salam dan bertanya, "Apa yang direnung begitu dalam wahai Tok Guru?" Guru sufi itu tersenyum. "Aku sedang tafakur mencari hikmah di sebalik laut yang bergelora ini..." "Tok Guru melihat sesuatu yang tersirat? Tok Guru melihat suatu hakikat?" Masih tersenyum. "Sekarang, kauambil alih tempatku. Renungilah laut yang sedang bergelora ini. Carilah yang tersirat. Selamilah yang hakikat." Anak murid itu pun memejamkan mata. Diam dan mula bertafakur. Lama kemudian, Tok Guru datang semula lalu bertanya, "Kau dapat sesuatu yang tersirat daripada tafakurmu?" "Ya Tok Guru!" jawab anak murid itu gembira. "Apakah itu?" "Kalau laut bergelora Tok Guru....harga ikan mahal!" Tok Guru menggelelng-gelengkan kepalanya. Pengajaran: Benarlah kalau dikatakan ada ilmu yang tidak dapat d...

Aku Serik Untuk Bertepuk

Aku serik untuk bertepuk Bukan kerana tidak berbunyi.... Bunyinya kuat Terlalu kuat cuma intonasinya tidak menarik Tanganku sakit Aku serik untuk bertepuk Kerana tanpa aku sedar Yang aku tepuk ialah dinding kukuh Yang tiadak ada Hati dan perasaan Tidak tahu menilai Apa jiwa yang menepuk Aku serik untuk bertepuk Tidak mahu lagi tangan sakit Tidak mahu dengar gauman kasar Aku serik untuk bertepuk Kerana bila kutepuk Jangkanya dapat balasan Gemalai Namun cuma hina menyiram Darah terpancul tidak menentu Mengherdik Dan mengherdik lagi Kala aku mahu bertepuk Bukan setakat tangan kanan, tangan kiriku turut sakit Kerana yang kutepuk adalah dinding Manusia berjiwa dinding Yang buat hatiku juga turut sakit

Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku

Image
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai. Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berk...

Is that LOVE?

Image
If you love someone bcoz you think that he/she is really gorgeous.. then it's not love... it's "Infatuation" If you love someone bcoz you think that you shouldn't leave him bcoz others think that you shouldn't... then it's not love... it's "Compromise" If you love someone bcoz you think that you cannot live without his touch... then it's not love... it's "Lust" If you love someone bcoz you have been kissed by him... then it's not love... it's "Inferiority Complex" If you love someone bcoz you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings... then it's not love... it's "Charity" If you love someone because you share everything with him... then it's not love... it's "Friendship" But... If you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him... that's "LOVE" If you get attracted to other people but stay with ...

Dilema Isteri Bekerja

Dilema Isteri Bekerja dan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia Dilema isteri berkerja. Saya percaya, ramai di kalangan isteri yang bekerja mempunyai pelbagai dilema antaranya tak cukup waktu untuk menguruskan diri sendiri, suami dan anak-anak, seolah-olah 24 jam sehari tak cukup untuk isteri merangkap ibu melakukan segala beban kerja. Di bandar-bandar besar, kebanyakan isteri didorong untuk keluar kerana bekerja atas alasan tekanan keperluan kehidupan. Satu perkara yang lumrah pada hari ini untuk dikatakan bahawa pendapatan yang hanya datang dari pihak suami kurang mencukupi bagi sesebuah keluarga menjalani kehidupan mereka. Apatah lagi dalam keadaan taraf kehidupan pada hari ini yang semakin tinggi. Oleh sebab itu, isteri secara sukarela mengambil keputusan untuk keluar rumah bekerja bagi mendapatkan pendapatan lebih bagi keluarganya sebagai memastikan keluarganya berada dalam keadaan yang selesa.Apabila isteri-isteri ini sudah berada di luar rumah, maka mereka terpaksa memendekkan masa dala...

Thank you ALLAH

Image
Bila ALLAH cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka DIA Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untuk mu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...

UrusanNYA

Image
Beri hatiMu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya. Betul tu, saya setuju dengan ayat di atas. Ianya merupakan salah satu tips pengurusan masa yang efektif. Caranya adalah memperuntukkan masa anda pada Allah terlebih dahulu. Caranya adalah dengan melakukan solat di awal waktu. Betul, cuba amalkan. Percayalah dengan melakukan solat pada awal masa, hidup anda lebih tersusun. Anda melakukan kerja yang penting. Hamparkan waktu padaNya, selebihnNya Dia akan mengaturkan. Secara logiknya pun betul. Urusan dengan Dia adalah urusan paling besar. Jika anda mampu menyelesaikan urusan besar ini, sudah tentu urusan kecil amat mudah sahaja bagi anda. Lebih-lebih lagi Dia selalu di samping anda. Tetapi jika anda tiada masa untukNya, bermaksud anda sudah tersilap arah. Anda masuk jalan yang salah. Anda banyak menghabiskan masa kepada perkara yang kurang penting. Padahal urusan dengan...

Finding LOVE...

Image
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.... ~Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end~