Mengurus Nyawa 1
Bagaimana yang dikatakan kalau hidup kita diatur mengikut syariat maka secara automatik masa kita akan terurus dengan baik?
Jawapan:
Sebenarnya jika kita melaksanakan hukum-hakam Islam, maka secara automatik masa akan terusurs dengan baik. Ini kerana kebanyakan hukum-hakam Islam sangat mementingkan ketepatan dan pengamatan terhadap masa. Contohnya, Solat lima waktu. Ia punya waktu-waktunya tersendiri. Jika kita hendak solat Subuh misalnya, maka kita akan bangun daripada tidur lebih awal. Kita tidak akan tidur berlebihan hingga bangun lewat. Untuk bangun tidur awal tentulah kita tidak akan berjaga hingga larut malam.
Begitu juga denga zakat, puasa dan haji semuanya mempunyai had masa bagi perlaksnaannya. Tegasnya, apabila seseorang itu menjaga solat, puasa, zakat dan hajinya maka seluruh persoalan hidupnya akan terurus dengan baik. Atau dengan kata-kata yang lain, dia telah menguruskan nyawanya dengan cekap dan berkesan!