Wahai anakku,  Satu ketika dulu, engkau tercari-tercari makna kegembiraan. Di mana boleh mencari kegembiraan, engkau bertanya.    Aku membawamu ke satu hutan kecil, lalu diberikan kamu satu sudu dan  dua titik minyak di atasnya. Aku menyuruhmu merentas hutan tersebut dan  pastikan dua titik minyak itu tidak tertumpah.   Wahai anakku,   Selepas sejam, engkau kembali dengan sudu dan dua titik minyak yang  masih tidak tertumpah. Aku bertanya, nampak tak ada sarang tebuan yang  cantik di tengah hutan?   Engkau perasan tak ada sebuah rumah  atas pokok di belah kanan jalan rentas hutan itu? Perasan tak di tengah  hutan, aku gantungkan satu papan kata doa di tengah jalan?   Engkau tertunduk malu. Aku menyuruhmu kembali ke hutan melihat semua yang diceritakan aku.   Wahai anakku,   Selepas sejam, engkau kembali. Kamu berkata kamu berjaya melihat semua  yang disuruh. Aku bertanya di mana dua titik minyak itu. Engkau tidak  sedar dua titik minyak yang diberi sudah tertumpah.   Engkau tertunduk m...