Alkisah seorang anak yatim piatu buta… Namanya Athirah, seorang anak yatim piatu. Athirah marah pada dirinya kerana buta akibat sebuah kemalangan. Athirah membenci semua di kelilingnya dan sering merungut - mengapa Allah tidak adil pada dirinya? Mengapa? Mengapa? Disebabkan rungutan tanpa henti, Athirah bertambah marah dan frust dengan kehidupannya. Satu hari, seorang jejaka Amin datang ke hidup Athirah – disebabkan Amin menjaga beliau dengan baik, Athirah tidak membencinya, malah merasakan hidupnya bertuah kerana ada Amin yang selalu melawatnya di rumah anak yatim. Di dunia Athirah, hanya Amin yang memahaminya… namun Athirah enggan berkahwin dengan Amin kerana kata ia adalah tidak adil untuk Amin untuk mendapat seorang isteri yang buta… Athirah memberitahu Amin, “sekiranya saya dapat lihat semula, saya akan berkahwin dengan Amin.” Satu hari, hospital memanggil Athirah dan berkata ada orang yang sudi mendermakan mata untuk pembedahannya. Athirah kegembiraan. Setelah berjaya m...