Posts

Showing posts from August 8, 2010

Janji Allah BENAR

Image
Janji Allah adalah benar. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak manayang telah Allah beri kepada kita. "Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya" (Ibrahim 14:34) Apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu pertanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalaya. Yakinlah. Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, maslah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertek

Apa yang KEKAL..

Image
Setelah manusia dapat sesuatu, dia memiliki sesuatu, maka timbul pula suatu macam kesedihan, keresahan. Apa dia? Takut hilang sesuatu. Maka ada orang bersedih kerana hilang sesuatu. Hilang harta, hilang anak, hilang suami, hilang isteri. Dia menjadi berdukacita. Terkadang-kadang dia hilang punca. Mengapa harus demikian? Laa tahzan! jangan bersedih. Bukankah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita itu hanyalah pinjaman sementara. Tiada yang kekal. "Tiap sesuatu di muka bumi ini akan binasa. Yang kekal hanya wajah Tuhanmu yang maha suci, maha mulia." (Ar-Rahman 55:26-27) Allah beri, Allah tarik kembali. Allah beri kita harta, Allah juga menariknya kembali. Bukankah itu adat orang meminjam? Kita hanyalah meminjam harta daripada Allah SWT. Dan jikapun kita katakan bahawa kita pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah ialah suatu masa dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepda sang empunya. Ketahuilah, hidup kita, mati kita , semua yang kita miliki, ad

Takut tak dapat

Image
Keyakinan kita kepada Allah, Pencipta, Tuhan yang telah memberikan segala apa sesuatu kepada kita. Semua mereka yang telah menemui Allah SWT adalah mereka yang tenang. Sebab itu mereka yang sentiasa ingat kepada Allah, yang menyebut nama Allah, akan lahirlah ketenangan di hati mereka. Hilang segala keresahan, hilang segala kedukaan. Rasa resah gelisah datang menimpa manusia, melanda hati manusia, kerana kurangnya keyakinan kepada Allah SWT. Ada orang resah gelisah kerana takut tak dapat sesuatu. Dia bekerja siang dan malam mencari harta, mencai wang ringgit, dan dia takut tidak dapat sesuatu, Dia tidak yakin dengan Allah. Dia lupa bahawa Allah yang memberikan rezeki, Allah yang mengurniakan rezeki, Allah menentukan rezeki, kadar rezeki untuk seseorang. Bukankah Nabi ajar untuk husnuddzon kepada Allah! Bersangka baik kepada Allah. Bahawa Allah memberikan aku rezeki yang banyak. Hanya tugas kita pergi mencari rezeki tersebut. Tidak ada resah gelisah, tidak ada ketakutan tidak dapat sesua

Dalam hidup kita ini apa yang kita cari...

Image
Dalam hidup kita ini apa yang kita cari? Jawapannya berbagai. Ada yang mencari harta, ada yang mencari teman sejati, ada yang mencari keseronokan, ada yang mencari hiburan, ada yang mencari benda-benda yang pelik-pelik. Apa pun yang kita cari, kadangkal ia membawa kegelisahan dan keresahan di hati - apakah akan bertemu ataupun tidak? Apakah pencarian yang lebih besar daripada mencari Tuhan? Apakah pencarian yang lebih bermakna yang lebih hebat dari mencari Tuhan? Ada yang resah, kerana tidak mengenal Tuhannya. Tidak ada nikmat selain bertemu dengan Khaliq. Tidak ada nikmat selain bertemu dengan Allah SWT. Dan alhamdulillah, dengan nikmat yang dibawa oleh Islam, iman yang dibawa oleh baginda Rasulullah saw, kita mengenal Tuhan kita.

Ya Rabbi.....

Image
"Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku. Hutang yang membelenggu diriku, dan kesedihan yang mengikat sanubariku." Lantas baginda saw bertanya:" Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan, yangjika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu, akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?" "Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, apakah amalan itu ya Rasulullah." Lantas baginda mengajarkan sepotong doa.. "Wahai sahabatku,jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insya Allah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan Allah SWT; setebal manapun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah SWT. "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepadaMu ya Allah, dari sifat penakut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan(oleh orang lain)

La Tahzan....

Image
Dalam meniti kehidupan seharian, ada kalanya kita bersedih. Sedih adalah sifat manusia. Sedih adalah sifat semulajadi manusia yang dicipta Allah SWT. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih. Sedih, suka, duka, bahagia, derita adalah merupakan sunnatullah dalam kehidupan ini. Bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu berpasang-pasangan? Sedih lawannya gembira, ataupun sedih pasangannya adalah gembira. Derita pasangannya adalah suka, bahagia. Maka ada kalanya kita merasa sedih, dan itu adalah sifat semulajadi manusia. Namun apa yang perlu ialah bagaimana kita mengatasi kesedihan. Bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itu suatu perasaan yang boleh mengikat diri kita, membelenggu diri kita, sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan, hingga manusia hilang pertimbangan dan sebagainya. Sedih tidak boleh membawa kita kepada kehancuran. Bagaimana kita menjadikan sedih utnuk menghambakan diri kita kepada Allah SWT?