Apa yang KEKAL..
Setelah manusia dapat sesuatu, dia memiliki sesuatu, maka timbul pula suatu macam kesedihan, keresahan. Apa dia? Takut hilang sesuatu. Maka ada orang bersedih kerana hilang sesuatu. Hilang harta, hilang anak, hilang suami, hilang isteri. Dia menjadi berdukacita. Terkadang-kadang dia hilang punca. Mengapa harus demikian?
Laa tahzan! jangan bersedih. Bukankah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita itu hanyalah pinjaman sementara. Tiada yang kekal.
"Tiap sesuatu di muka bumi ini akan binasa. Yang kekal hanya wajah Tuhanmu yang maha suci, maha mulia." (Ar-Rahman 55:26-27)
Allah beri, Allah tarik kembali. Allah beri kita harta, Allah juga menariknya kembali. Bukankah itu adat orang meminjam? Kita hanyalah meminjam harta daripada Allah SWT. Dan jikapun kita katakan bahawa kita pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah ialah suatu masa dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepda sang empunya.
Ketahuilah, hidup kita, mati kita , semua yang kita miliki, adalah milik Allah.
Mata ini bukan milik kita.Suatu masa ia akan kabur, dan ia akan hilang begitu saja. Telinga, mulut yang boleh berkata-kata, tangan yang boleh bergerak, tubuh yang ada tenaga, yang boleh berjalan, kaki yang boleh melangkah ke mana saja, semuanya ini adalah pinjaman sementara. Berapa lama? hanya Allah yang mengetahui.
Maka jika itu kita yahini, apabila kita kehilangan sesuatu, apakah kita akan bersedih? Tidak, kita tidak akan bersedih.
Ada orang kehilangan anak, lantas dia bersedih. Mengapa mesti dia bersedih? Sekiranya dia yakin bahawa anak itu milik Allah, dan sudah tiba masanya untuk dia mengebalikan semula anak itu kepada Allah, serahlah kepada Allah, yang memiliki anak itu.
Ada orang kehilangan harta kehilangna harta benda - 1,000 nilainya, 2,000, 3,000 hatta 100,000, hatta berapa pun, kalau kita yakin bahawa itu milik Allah dan susah tiba masanya untuk ia kembali kepada Allah, mengapa harus kita berdukacita?
Comments