Seharian semalam saya bersama warga usahawan di Keramat Mall. Tempat yang gah dan cantik, lokasi strategik, sewaan yang ‘amat murah’ dari DBKL tapi masih kosong! MENGAPA? Antara keluhan peniaga disana, ialah menunding jari kepada pihak lain. Inilah sifat yang ada di dalam diri manusia adalah suka menyalahkan orang lain atas pilihan, tindakan dan k ekurangan diri sendiri. Kita, manusia sememangnya suka menyalahkan orang lain. Kita menyalahkan semua orang dan semua perkara kecuali diri sendiri. Kita menyalahkan ibu bapa, anak anak, makanan, kereta, lalu lintas, majikan, kerajaan, pengurusan dan termasuklah cuaca. Jurujual yang gagal dalam sesuatu urusan menyalahkan pelanggan yang keras kepala. Pelajar yang gagal dalam peperiksaan menyalahkan guru-guru dan subjek yang mereka ambil. Pekerja yang lambat sampai ke pejabat menyalahkan hari hujan atau kesibukan lalu lintas. Terdapat dua jenis tindakan dan dua jenis manusia. Dua jenis tindakan tersebut adalah alasan d