Kunci Kemanisan Rumahtangga

Antara kunci kemanisan rumahtangga ialah SABAR. Banyakkan bersabar sepanjang melayari alam rumahtangga terutamanya pasangan yang kahwin muda. Anak muda lebih mudah untuk naik marah dan bergaduh kerana naluri remaja masih bersisa. Apabila ada apa-apa salah faham atas krisis dengan pasangan, tarik nafas dan berikan ruang untuk otak dan hati menilai situasi dengan rasional dahulu. Jangan terburu-buru bertindak dan membuat keputusan!

Belajar. Berlatih. Didik diri. Anda akan menjadi seorang yang lebih matang, berjiwa besar dan hebat. Tahukah anda bahawa kesabaran adalah permata? Tunggu dan lihat hasil kesabaran anda itu. Sabar berpahala. Ya, satu lagi ruang ibadah dan lubuk pahala terbentang luas dihadapan anda.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah