Hak Muslim: Isteri tertekan boleh tuntut fasakh
Thursday, June 21, 2007 Berita Harian, 21 jun 2007 Oleh Musa Awang Suami abai tanggungjawab sepanjang tempoh 14 tahun perkahwinan SAYA dan suami bekerja sebagai guru dan sudah berkahwin 14 tahun serta mempunyai enam anak. Sepanjang perkahwinan kami, semua gaji saya akan diperuntukkan untuk membeli keperluan rumah tangga dan sekolah anak, sedangkan suami tidak pernah ambil peduli keperluan anak. Suami lebih mendahului orang luar dan jarang berada di rumah. Balik dari sekolah, beliau akan tidur dan apabila bangun, menghabiskan masa di kedai kopi sepanjang hari sehingga lewat malam. Rutin hidup beliau setiap hari benar-benar mengecewakan saya menyebabkan jiwa saya tertekan. Kami sering bergaduh dan saya meminta suami menceraikan saya tetapi tidak dipersetujuinya. Saya sedih apabila suami mengatakan dia tidak mahu melepaskan saya kerana katanya susah mencari isteri yang baik. Disebabkan tindakannya, saya sudah tiada perasaan sayang lagi terhadapnya malah timbul benci, tertekan dan saya s