Posts

Showing posts from January 22, 2012

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Muhasabah diri

Tidak ramai yang tahan dalam menerima ujian Allah S.W.T, mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan didunia ini.Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan disebalik dugaan bagi insan yang sabar.Umar bin Abdul Aziz berkata, "tidak ada sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T, kepada seseorang itu, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan menggantikan yang lebih baik bagi dirinya.."

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - 5 Nasihat

‎5 Nasihat berguna dari Al-Fudhail bin Iyaadh 1- Semua yang menimpa dirimu, maka katakanlah : Itu adalah Qada’ dari Allah SWT supaya engkau tidak menyalahkan makhluk. 2- Jagalah lidahmu supaya semua makhluk selamat dari lidahmu dang engkau selamat dari seksa Allah SWT. 3- Percayalah pada janji Allah SWT mengenai soal rezeki supaya engkau menjadi seorang mukmin. 4- Bersedialah untuk mati, supaya engkau tidak mati dalam keadaan lalai. 5- Berzikirlah kepada Allah SWT sebanyak-banyaknya supaya engkau terjaga daripada dosa-dosa. Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2 . M/S : 60

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Wanita

Wanita Muslim harus menarik dari berbagai segi; penampilan, cara berpakaian, berfikir, bersikap, berbicara dan mengambil keputusan, dalam waktu senang maupun susah. Wanita sebeginilah yang Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wasallam (صلى الله عليه Ùˆ سلم) maksudkan dalam sebuah ucapannya, “Tidakkah mahu aku kabarkan kepada kamu tentang sesuatu yang paling baik dari seorang wanita? Wanita sholehah ada lah wanita yang bila dilihat suaminya menyenangkan, bila diperintah ia mentaatinya dan bila suaminya meninggalkannya, ia menjaga diri dan harta suaminya.” [Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i) Berbahagialah wanita yang membahagiakan suaminya. Lelaki yang berjaya adalah lelaki yang bahagia lantaran telah memperoleh sebaik-baik perhiasan. Rasulullah dalam sebuah haditsnya mengatakan, "Ad dunya mata', wa khoiru mata'iha al mar'atus Shalihat." (dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri Solehah, HR. Muslim) Lelaki yang berjay

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Antara Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu .

Antara Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu . Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia. Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya : "Dari mana kalian datang ?" Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu." Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?" Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga." Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?" Para Mala

Motivasi dari Prof Dr Muhaya - Pilihan kita...

segala yang kita dapat ini hasil dari pilihan yg kita buat sejak bertahun tahun yg lalu. kesihatan kita, ketenangan kita, hubungan kita denagn manusia, dengan Allah, kewangan kita hasil dari pilihan setiap saat. buat keputusan utuk buat pilihan berbeza untuk hasil yg berbeza. celik mata dan reset minda setiap hari untuk buat pilihan yg berbeza. pilih untuk ambil tindakan atau hanya berangan. Apa yang kita boleh buat tapi tak mahu buat kita akan terima hasilnya. orang yang berjaya mereka mengambil keputusan dan bertanggung jawab atas kehidupan mereka dan tidak menyalahkan sesiapa atau suasana. walau apa yang berlaku adalah hasil pilihan kita. kita tak perlu tunggu sausana yang tepat atau jumpa oran yg tepat utk dapat apa kita mahu. Kita tanya apa tanggung jawab saya untuk buat sesuatu berlaku. ini memberi kebebasan pada kita dan tidak bergantung pada sesiapa kecuali Allah swt.

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Jika Allah Sayang..

Jika ALLAH sayangkan seseorang hamba ~❤, Dia akan berikan IMAN, kerana itu lebih mahal dari segala isi dunia.. Jika ALLAH sayang lagi ~❤, Dia akan berikan KEKUATAN untuk mengamalkan agamanya dengan sempurna dan Jika ALLAH sayang lagi ~❤ Dia akan SUSAHKAN hambanya dengan urusan dunia dan perjuangan hidupnya, untuk menguji sejauh mana cinta dan redha hamba itu kepadanya, supaya dengan susah itu dia selalu mendekati pada-NYA.. ~✿ Sebab ALLAH rindu akan rintihan hamba-NYA

Aku tahu Saat Allah Mencintaiku..

Image
“Saat Allah swt mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah HATI mereka. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan yang bersih. hati kita seolah berbisik,” — “Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat aku membenci segala kejahatanku”

Motivasi dari Prof Dr Muhaya

Jika kita merasa sedih dan tidak berjaya dan menyalahkan sejarah lampau dan faktor luar dan bukan pilihan kita buat cuba lihat pada orang yang punya sejarah dan masaalah dan ketidakupayaan yang lebih teruk dari kita dan lihat bagaimana mereka boleh beriman, berjaya dan bahagia. Kita sebenarnya bertanggung jawab atas apa yang berlaku pada kita. Hentikan sifat menyalahkan dan cuba membetulkan orang lain. Betulkan dunia dalaman insyaAllah dunia luaran kita akan berubah

Words of Wisdom

Image
Kadang2 Allah jarakkan hubungan kita,kemudian datangkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan..rupa2nya Allah nak hadiah kita rindu yang berpanjangan..

Dari FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah - Org Pandai dan Org Bijak

As salamu'alaikum shbt FB & Tweeter. Moga hari ini bawa cemerlang, ceria & cahaya iman. Allah Maha Adil. Kita semua adalah SAMA tapi TAK SERUPA. Semua org PANDAI tapi ramai TAK BIJAKSANA. Org pandai TAHU, yg bijak AMALKAN. Yg pandai SIMPAN yg bijak SAMPAIKAN. Yg pandai MUDAH MELENTING, yg bijak RESPON DGN HIKMAH. Yg pandai belajar drp silap SENDIRI yg bijak belajar drp silap ORG LAIN. Yg pandai pentingkan diri, yg bijak pentingkan org lain. Yg pandai hebat d dunia, yg bijak hebat dunia & akhirat. Org bijak tahu: dgn bantu org utk berjaya, kita juga akan berjaya. Bantuan Allah dtg kpd org yg bantu org lain dgn ikhlas. Mari sama2 kita jadi org yg BIJAKSANA. Wassalam.

Bicara Tanpa Suara

Saat lidah kelu tanpa suara, kucapai helaian warkah kosong…kubiarkan pena menari rancak, melakar sebuah rahsia hati, mencurah secebis rasa yang terpendam di dalam jiwa, menyingkap kebuntuan yang terkunci di minda…biarlah tiada jawapan yang terbalas…,biarlah tiada siapa yang peduli…,biarlah dunia menjauhi diri…,kerna di sisiku ada Dia yang Maha Melindungi…,Dia yang Maha Kekal…, Dia yang mengukirkan senyuman di bibirku saat aku merasa gembira dan bahagia.., Dia yang menitipkan airmata di mataku saat aku merasa sedih dan berduka.., saat teman tiada menemani.., Dia tetap setia mendampingi diri.., di waktu senang.., mahupun di waktu sukar.., teman dan keluarga yang kumiliki kini, bukanlah milikku selamanya, kerna.., bila sudah tiba waktunya, semuanya akan pergi meninggalkanku sendiri, kerna.., segalanya adalah milik Dia yang Maha Memiliki, namun…,walaupun dalam sedar.., aku masih selalu menyombongkan diri kepada Dia, kerna sesungguhnya aku hanya insan biasa, insan yang

Kerana Allah faham isi hati kita

Bersangka baik kunci ukhwah. Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita. Kerna Allah faham akan isi hati kita. Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita, Kerna tiada hakim sebaik Allah. Ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak, ingatlah Allah bersama kita. Dan ketika kita ditimbus tanah, ketahuilah hanya Amal yang setia bersama kita. Tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan jika hati ini terikat pada cinta kepda Allah dan Rasulnya.

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan." Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Manusia ibarat sebuah BUKU

Assalamualaikum.. ~Manusia seperti Sebuah BUKU.... - Cover depan adalah tanggal-lahir... -Cover belakang adalah tanggal kematian.. »Tiap lembarnya, adalah tiap hari dlm hidup kita dan apa yg kita lakukan... »Ada buku yg tebal, Ada buku yg tipis... »Ada buku yg menarik dibaca... ada yg sama sekali tidak menarik... »Sekali tertulis, tidak akan pernah bisa di'edit' lagi... »Tapiii.. hebatnya, seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru dan tiada cacat... »Sama dgn hidup kita, seburuk apapun kemarin.. Tuhan selalu menyediakan hari yang baru untuk kita memperbaikinya... »Kita selalu diberi kesempatan baru utk melakukan sesuatu yg benar, sukses dan lebih baik dari hari2 sebelumnya... »Kita selalu bisa memperbaiki kesalahan dan melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat usia berakhir yang sudah ditetapkan-NYA, ketika lembaran buku kehidupan sampai pd sampul penutupnya, Waktu dimana tdk ada kesempatan lg utk

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Aturan Allah

Kita tidak akan sesekali dapat menjangka, Apa yang Allah aturkan buat kita, Adakala kita tersangat gembira. Adakala kita tersangat tidak suka, Aturan-Nya bukan pilihan kita, Namun, Jangan risau manusia Allah itu tuhan kita Tuhan yang Maha Luas kasih sayangNya percayalah, Dia tidak akan menduga hamba-Nya, Kecuali untuk melihat hamba-Nya, tersenyum di sana, tertawa di sana, berbahagia di sana, Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa. Oh indahnya !

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - 4 Perkara

‎ "Ada empat perkara yang apabila diberikan kepada seseorang sesungguhnya dia telah memperolehi kebaikan dunia dan akhirat…" Iaitu : 1. Hati yang sentiasa bersyukur… 2. Lisan yang sentiasa berzikir… 3. Tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah… dan 4. Isteri yang tidak pernah khianat sama ada terhadap dirinya atau terhadap harta benda (suami)nya…

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Jika Saat Ini

JIKA SAAT INI..... Kamu sedang tersenyum... Semoga senyum itu menjadi ibadah... Kamu sedang marah... Semoga marah itu tidak melampaui batas... Kamu sedang sedih... Semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati & jiwa... Kamu sedang letih... Semoga penat itu menjadi penggugur dosa... Semoga apa yang kamu lakukan hari ini jauh lebih baik dari semalam dan waktu-waktu yang telah berlalu... Semoga... Kebahagiaan dan keberkatan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu... :)

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Tidak Malukah Kita

Tidak malukah kita pada Allah....lirik2 lagu kita hafal, tetapi tidak Al-Quran? Tidak malukah kita pada Allah....Facebook lebih kerap dibuka dari Al-Quran? Tidak malukah kita pada Allah....bahasa lain kita fahami, tetapi tidak bahasa Al-Quran?? Sungguh menyedihkan, namun begitulah REALITInya hari ini...

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Kita Marah Allah

Kita marah Allah sebab tidak bagi apa yang kita mahu. Cuba kalau kita yang tidak bagi apa yang Allah mahu (tidak solat, tidak tutup aurat, etc), apa Allah buat? Allah masih lagi tahan langit supaya tidak jatuh pada kita, Allah masih lagi bekalkan oksigen supaya kita boleh bernafas, Allah masih lagi kawal perjalanan darah kita supaya kita mampu hidup. Berapa kali kita pernah berterima kasih padaNya? Kita buat banyak sangat benda yang Allah larang, tapi Allah tidak pernah sesaat pun tinggalkan dan lupakan kita. Padahal, Allah dah nyatakan dalam Al Quran, yang kalau Dia mahu, bila-bila masa saja Dia boleh hapuskan kita.

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Baguskan Agamaku

Ya Allah, baguskan agamaku karena ia menjadi peganganku dalam semua urusan, baguskan duniaku karena disanalah aku hidup, baguskan akhiratku karena disitulah tempat aku kembali. Jadikan hidupku ini sebagai ladang amal kebaikan dan jadikan kematianku (kelak) sebagai tempat istirahat dari semua keburukan. (HR. Muslim)

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Petua Hati

Petua Untuk Hati Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah: - Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah. - Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. - Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah,kemasyarakatan dan sebagainya - Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya - Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu m

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Apabila Kita Di Hina

APABILA KITA DI HINA perkara yg sebaik-baiknya kita lakukan ialah..DIAM DAN BRSABAR.. Sememangnya sebagai manusia biasa terlalu sukar untuk kita lakukan terutamanya kita dimalukan, di keji,di umpat di fitnah lebih-lebih lagi di khayalak ramai ataupun di kalangan masyarakat kita sendiri. Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang syaitan yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk dan keji seperti bangang, bodoh, gedik dan sebagainya, sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah. TAHUKAN ANDA? Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Ke