Posts

Showing posts from February 7, 2010

Wasiat kepada para pewaris.....

Image
Kepada pewaris harta, pemilik dan pencarinya, dahulukanlah hak Allah dalam setiap yang diperoleh. Jauhilah segala bentuk riba dan bentuknya yang sentiasa memperdayakan. Ingatlah, bukan banyak yang dicari, tetapi berkat yang diperoleh itulah matlamat hakiki. Kalau sudah ada yang lebih, maka ikutilah resam sayuran yang perlu dibuang daun kuningnya untuk menjamin kualiti daun hijaunya. "Buanglah" sebahagiannya pada jalah Allah (dengan berzakat) dan selebihnya pasti terpelihara dengan rahmat-Nya yang Maha Luas. Inilah wasiat dan pesan untuk diri ini terutamanya dan wasiat serta pesan untuk sekalian yang membaca.

Wasiat kepada para isteri...

Image
Kepada para isteri juga perlu ingat dan waspada. Syaitan sentiasa menggoda untuk manusia menghancukan ikatan suci yang terbina atas janji kepada Illahi. Jagalah kehormatan ada dan akhlak anda yang sudah bergelar isteri. Janga terperangkap dalam ilusi sewatu anda masih bergelar "bunga yang belum disunting" dan hiduplah dengan masa realiti yang perlu ditangani dengan kebijaksanaan emosi dan akhlak murni dihiasi iman yang tinggi seoran gserikandii Muslim. Anda adala wirawati keluarga mithali.

Wasiat kepada para suami...

Image
Kepada pemimpin keluarga, hargailah keluargamu yang dikasihi. Kepada para suami, jangan lupakan yang anda punya isteri dan juga mungkin sudah punya zuriat yang perlu dijaga dengan amanah Allah. Jangan lupakan mereka tatkala anda bermuamalah dengan rakan sepejabat mahupun rakan sekerja berlainan jantina yang mungkin mampu membuat anda leka. Rawatlah penyakit bersosial tanpa prinsip dengan ubat iman dan kejujuran serta rawatan keinsafan dengan mengingatkan yang anda sebenarnya telah berjanji untuk menjaga hati mereka dengan akad di atas nama Tuhan. Jika benar anda ingin menambah tanggungjawab, silakanlah untuk menyatakan hasrat anda secara terbuka dan selepas itu nilai dengan jujur. Apakah anda mampu melakukannya? Kemampuan menanggung amanah Allah dengan tarbiah dan bimbingan.

Wasiat Terakhir

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Wahai manusia sila dnegar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidka tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu semua lagi selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya." "Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara ( diharamkan untuk sesiapa pun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ni, bulan ini dan bandar ini (Makkah dan sekitarnya)." "Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalan jahiliah telah berada di bawah tapak kakiku (telah dihapuskan)." "Tuntutan hutan darah pada zaman jahiliah (sebelum Islam) telah diampunkan . Tuntutan darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail." " Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul

Hijrah atau Kalah!

Image
Hijrah walaupun dilihat pada mata kasar seolah-olah berundur, tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah langkah berundur untuk melonjak lebih jauh. Hijrahkanlah diri sendiri. Jika tidak, tidak ada siapa yang boleh memaksa diri kita berubah dengan rela. Dan kita tidak boleh lari daripada hukum sunnatullah yang menyatakan bahawa setiap makhluk akan berubah sama dengan rela atau terpaksa.