Hijrah atau Kalah!
Hijrah walaupun dilihat pada mata kasar seolah-olah berundur, tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah langkah berundur untuk melonjak lebih jauh.
Hijrahkanlah diri sendiri. Jika tidak, tidak ada siapa yang boleh memaksa diri kita berubah dengan rela. Dan kita tidak boleh lari daripada hukum sunnatullah yang menyatakan bahawa setiap makhluk akan berubah sama dengan rela atau terpaksa.