Wasiat Terakhir

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Wahai manusia sila dnegar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidka tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu semua lagi selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya."

"Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan untuk sesiapa pun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ni, bulan ini dan bandar ini (Makkah dan sekitarnya)."

"Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalan jahiliah telah berada di bawah tapak kakiku (telah dihapuskan)."

"Tuntutan hutan darah pada zaman jahiliah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail."

"Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan."

"Wahai manusia! Takutilah Allah s.w.t dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah s.w.t dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya makan kamu berhak untuk menghukum mereka, tapi bukanlah dnegan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik."

"Semua orang Muslim adalah bersaudara. Oleh iut, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya."

"Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidka akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab Allah dan sunah Nabi-Nya."

"Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepas aku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah s.w.t, Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah jua haji ke Rumah Suci Tuhanmu (Kaabah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhanmu."

"Tuhan kamu adalah Esa. Datu kamu pula satu. Kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah. Orang yang terbaik daripada kalangan kamu adalah mereka yang paling bertakwa kepada Allah s.w.t Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan takwa."

" Allah s.w.t telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu tidak boleh membuat wasiat ekapa ahli waris penerima pusaka. Sesunggunya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan anaknya yang sebenar, juga kaan menerima laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia."

"Kemudian kamu semua bakal ditanya tentang diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan?" Kami menjawab: "Kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu."

Lantas Baginda s.a.w mengangkat tangnya ke langit seraya menurunkannya ke arah orang ramai lalu berkata sebanyak tigak kali (yang bermaksud): "Ya Allah! Saksikanlah."

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah