Air Zamzam Penawar Penyakit


Rasulullah s.a.w bersabda: "Air zamzam memberi khasiat sesuai dengan niat orang yang meminumnya. Maka jika ia minum untuk penyembuhan nescara Allah akan menyembuhkannya, jika ia minum untuk mohon pemeliharaan, nescara Allah akan memeliharanya dan jika ia meminumnya kerana kehausan nescaya akan dihilangkannya."


Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air zamzam dengan menghadap kiblat, kemudian berkata (berdoa),"Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada Nabi-Mu, bahawa Baginda bersabda: Maka Ya Allah, Aku meminum air zamzam ini untuk ...(sebutkan niat yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas di luar bijana itu. Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya baca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.


Antara doa yang dibaca oleh Ibn Abbas r.a ketika meminum air zamzam, bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, amal yang diterima dan kesembuhan daripada segala penyakit.




  • Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah

  • Diberkati dan mengenyangkan peminumnya

  • Mampu menyempurnakanhajat peminumnya dengan izin Allah

  • Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab pembangunan dan kemajuan bumi Makkah, juga kewujudan Baitullah di bumi itu.

  • Antara mata air syurga

  • Antara tanda kekuasaan Allah di muka bumi

  • Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah

  • Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi

  • air yang dipilih untuk membersihkan hati Rasulullahs.a.w. beberapa kali

  • Minuman orang yang mulia (al-Abrar). Menambah kekuatan badan

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah