Alkisah seorang buta dan rahsia....


Karim yang buta sejak berusia 8 tahun tidak pernah jemu memohon agar Allah mengembalikan penglihatannya. Sejak terkena demam panas, ia terus menempuh kehidupan dalam serba kegelapan. Namun itu bukan alasan baginya untuk mengabaikan perintah Allah dan berusaha mendekatkan diri padaNya.

Setiap selepas solat, Karim akan menadah tangan merayu -rayu agar Allah me

ngembalikan penglihatan kepadanya. Teringin benar ia melihat wajah isteri dan anaknya yang masih kecil. Namun Karim masih beruntung kerana mempunyai seorang kawan Hakimi yang kebetulan jiran yang sentiasa mengambil berat kehidupannya sekeluarga. Apa sahaja hajat beliau dan keluarga, Hakimilah tempat ia meminta pertolongan.

Terlalu banyak jasa Hakimi kepada dia dan keluarga. Pernah satu hari anaknya demam, Hakimilah membawanya ke hospital. " hakimi, saya ucap terima kasih banyak- banyak kerana pertolongan dan bantuan yang kamu berikan pada saya, isteri dan anak." ucapan penghargaan sering menghembur keluar dari mulut Karim. Namun dia tidak kecewa atau berputus asa, terus bermunajat kepada Ilahi setiap kali lepas solah.

Suatu hari selepas solah asar ia terus munajat, merayu sesungguh hati. ya Allah, kurniakanlah penglihatan kepadaku dengan rahmat dan kebesaranMu, yaAllah, tolonglah Aku untuk melihat dunia ciptaanMu, Ya Allah, dengan kekuasaan yang ada padaMu dan dengan rahmatMu, pulihlah kembali penglihatanku, tolonglah yaAllah, tolonglah ya Allah ". Karim terus merayu dan merayu. Tiba iba ia terasa ada cahaya masuk ke kelopak matanya, ia semangkin terang dan terang. Akhirnya ia dapat melihat kembali. "Ya Allah, Ya Allah" , Karim terus menangis, dan menangis kegembiraan. Ia terus sujud syukur, ia dapat meihat semula setelah bertahun ia berada dalam kegelapan .

Karim terus teringatkan anaknya yang masih kecil, isteri kesayangan dan Hakimim yang sering membantunya. Ia terus leluar masjid menuju rumahnya yang tidak jauh. Ia berjalan laju tidak sabar untuk memberi tahu isterinyanya, dan tidak sabar ia ingin melihat anaknya. Ia menerpa masuk ke dalam rumahnya, dan terus mencari anak dan isteri. Ia meluru ke bilik tidurnya. Pintu terus dibuka, dan ia melihat dua insan sedang berpeluk mesra. Hakimi dan isterinya.

Ya Allah, apa ini. Ia gerus berteriak, tangisan kegembiraan terus bertukar menjadi hiba dan kecewa. " Ya Allah, sewaktu aku buta, aku gembira dan bahagia. Kini setelah aku dikurniakan kembali penglihatan, engkau tarik kegembiraanku dan kepercayaanku pada isteri dan sahabatku".

Pengajaran terkadang sengaja Allah rahsiakan sesuatu perkara, kerana kebaikan yang banyak. Peristiwa silam yang dialami oleh setiap insan sebahagiannya bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Tetapi ianya untuk dipohon keampunan dari Allah. Dan jangan khianat kerana kalaupun di dunia tidak dibongkar, nanti akhirat akan diketahui dan diterima jua balasannya. Ya Allah, ampuni dosa kami............. Senyum selalu.
 
(dari koleksi cerita Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man)

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah