apa beza Doktor lelaki dan ustaz (pengamal rawatan alternatif)?
Hari2 yg semakin sibuk...dengan kerja, anak2, keluarga dan diri sendiri. Aku perlu kuat, mental dan fizikal. Aku perlu sihat. "Ya Allah sembuhkanlah aku. Hanya KAU lah yg Maha Penyembuh. Ada satu perkara yg aku tak faham dan tak ada org yg berani mengulasnya. Tentang Ketaatan. Taat isteri pada suami, taat segala kemahuan dan kehendaknya selagi tidak menyuruh kita melakukan perkara yang mungkar atau ketaatan yg mendatangkan mudarat. Haruskah isteri terus taat dengan perintah atau kehendak suami sekiranya suami berkata " kita dh x perlu berubat lg." "tak perlu berikhtiar. cukuplah setakat ini" Apa yg sebenarnya yg sedang ditunggu? Allah turunkan 'sihat' tanpa ikhtiar? atau kita hanya mahu menunggu MATI? Maaf, entri kali ni agak tertekan. Biasanya org akan komen: 'mintaklah dulu izin suami, kalau suami tak nak bawakkan boleh la pegi sendiri dengan ditemani oleh anak atau kawan.' Masalahnya: Izin suami pun tak dapat!!! Jd haruskah dibiar menunggu MATI. Adakah itu ertinya TAAT? Mood: sedih :(
Seperkara lagi: apa beza Doktor lelaki dan ustaz (pengamal rawatan alternatif)? Kedua2nya lelaki, kedua2nya bukan muhrim, kedua2 merawat pesakit walaupun dengan menggunakan kaedah yg berlainan. Jd kenapa ada double standard? Kalau jumpe doktor tak perlu temankan isteri tapi kalo jumpe ustaz 'wajib' kene temankan isteri. Tapi pada pendapat aku la rasa kalo dengan doktor lagi la kene temankan isteri sbb doktor adakalahnya perlu pegang tubuh badah si isteri sbb nak check kat mana sakit. Perut? Dada? Apa komen anda?

Comments