Hukum Melukis Pelan Bangunan Kilang Arak

Jika bangunan daripada pelan yang anda lukis menjadi tempat orang membuat maksiat kepada Allah, maka anda akan mendapat sedikit saham juga. Orang yang menolong dalam perkara dosa maka ia juga mendapat saham, Kerana itu Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan dan janganlah sekali-kali kamu bertolongan dalam perkara kejahatan." (surah al-Maidah 5:2)

Justeru, perkara yang perlu ada pada diri kita adalah iman dan takwa. Oleh sebab itu, sekiranya diberi tawaran melukis pelan bangunan kilang arak, janganlah mengambil tender tersebut sekalipun harga yang ditawarkan lebih tinggi daripada membuat bangunan yang lain. Keimanan yang ada dalam diri mendatangkan keyakinan bahawa kita akan diazab apabila melakukannya, dan takwa pula menyebabkan rasa takut apabila mendengar azab-azab Allah yang Maha Dahsyat akan menimpa kepada orang yang berbuat maksiat kepada Allah.

Dipetik dari Majalah Al- Ustaz
Ruangan: Ustaz Azhar Idrus

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah