Adab Bertamu
Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam. Barang siapa yang beriman dengan Alla dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Tamu datang membawa rezeki dan keluar membawa dosa," demikian ungkapan yang sering kita dengar. Begitulah mulianya seorang tetamu pada kita. Sebagai tuan rumah, menjadi satu kewajipan untuk kita memuliakan tetamu kerana memuliakan tetamu hukumnya adalah wajib.
Sambutlah tetamu yang datang dengan cara yang ceria dan tidak kaku. Sebaik-baiknya kita ucapkan selamat datang sambil memberikan senyuman yang manis dan mesra agar mereka berasa selesa untuk bertamu.
Hidangkan tetamu dengan hidangan yang bersih, baik dan lazat. Namun, ini bukanlah menjadi sebab untuk kita berlebih-lebihan sehingga memaksakan keadaan luar daripada kemampuan. Hidangan yang bersih, baik dan lazat tidak semestinya mahal. Vice versa-nya, hidangan yang mahal pun tidak dijamin berada dalam keadaan bersih, baik dan lazat. Jadi, bersederhanalah. Bukankah dengan cara yang sederhana itu adalah lebih baik?
Manakala tetamu pula, dia hendaklah sentiada bersikap tenang apabila bertamu ke rumah orang. Apabila dihidangkan makanan misalnya, makanlah dengan bersopan, Seandai makanan yang dihidangkan kurang memenuhi selera, janganlah sesekali mencemuhnya, apatah lagi di depan tuan rumah, Dalam keadaan itu adalah lebih baik tetamu itu menjamahnya sedikit sebagai tanda hormat kepada tuan rumah.
Selain itu sebagai seorang tetamu, kitaperlu meminta izin terlebih dahulu kepada tuan rumah jika anda berhajat untuk bertamu ke rumahnya. Tidak digalakkananda terus saja datang ke rumah tersebut tanpa memaklumkan kepada tuan rumah. Ini kerana ditakuti tuan rumah berada dalam keadaan yang tidak bersedia untuk menyambut tetamu.
Apabila keizinan sudah diberi kepada anda untuk bertamu, tetapi anda berhajat untuk membawa orang lan dalam kunjungan iut, maklumkan kepada tuan rumah. Ini untuk mengelakkan daripada terjadinya pertembungan yang tidak disennagi olehkedua-dua belah pihak. Contohnya, teman yang anda bawa mungkin adalah orang yang kurang disukai oleh tuan rumah tersebut. Sekiranya tuan rumah tidak mengizinkan, anda haruslah akur dengan kehendak tuan rumah tersebut.
Di samping itu sebagai seorang tetamu, anda tidak boleh memberatkan tuan rumah dengan sesuatu permintaan. Terimalah apa yang disediakan tuan rumah seadanya. Setelah selesai hajat, anda mengambil masa yang lama dalam bertamu sehingga menyekat aktiviti tuan rumah.
dipetik dari Majalah Fardu Ain
Penulis: Ustazah Ummu Solehah Muhammad

Comments