SENARAI SEMAK IBADAH WANITA “UZUR” PADA BULAN RAMADAN
1. Menjawab azan bagi setiap solat dan berdoa selepas azan
2. Mengambil peluang berdoa antara azan dan iqamah. Ganjarannya: “Doa antara azan dan iqamah tidak di tolak.” ( Riwayat al-Tirmizi)
3. Membantu, menggalakkan dan mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal antaranya:
a. Kejutkan ahli keluarga bangun sahur atau solat Subuh
b. Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid
c. Mempersiapkan pakaian solat mereka
d. Nasihati mereka supaya giatkan beramal
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membimbing kea rah kebaikan, baginya pahala orang yang menrgerjakannya.” (Riwayat Muslim)
4. Berzikir dan berselawat dari semasa ke semasa
5. Berdoa dan beristighfar
6. Mendengar bacaan al-Quran
7. Menuntut ilmu sama ada dengan dengar dari televisyen, radio atau membaca buku.
8. Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” Sesiapa yang menyediakan juadah berbukan untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa..”(Riwayat al-Tirmizi)
Sumber: Majalah Al-Ustaz
Comments