Hai Anak
Didik anak-anak belajar daripada kehidupan!
Cuba tanyakan kepada diri kita, bilkah masanya kita merasa terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan? Hati kecil kita akan menjawab, "Semasa kita remaja." Ya, apabila kita menoleh ke belakang, terasa begitu banyak perkara yang sepatutnya dibuat tetapi tidak dibuat. Dan banyak pula perkara yang tidak sepatutnya dibuat, telah dibuat.
Sayangnya, para remaja (seperti juga kita dahulu) tidak menyedari hakikat ini sehingglah usia mereka sendiri meningkat. Lalu atas kealpaan itu, mereka akan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh bapa, datuk dan moyang mereka pada zaman remaja.
Hakikatnya alam ini adalah sebuah "sekolah". Setiap kita adalah para pelajarnya. Dan hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Setiap peristiwa, pahit atau manis, setiap individu, baik atau buruk, hakikatnya adalah "guru" yang mengajar mereka.
Untuk itu, apabila ditimpa sesuatu musibah atau menerima sesuatu nikmat, hendaklah ditanya pada diri, "Apakah pelajaran di sebalik semua itu?"
Pandaglah bahawa semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidupa ialah mehnah, maksudnya didikan terus daripada Allah. Bermaksud, apa jua yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Allah.
Tujuan utama pelajaran dalam hidup ini ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup ini sendiri adalah satu proses perubahan yang berterusan.
Perubahan sendtiasa berlaku dan ia di luar kawalan manusia. Kita akan kalah jika kita tidak berubah. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Kerana jika kita tidak berubaha, kita juga terpaksa berubah mengikut kawalah orang lain atau keadaan sekeliling.
"Kita tidak boleh mengawal arah angin tetapi kita boleh mengawal kemudi pelayaran kita." Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa olehNya untuk mentadbir diri kita.
Malangnya, ramai anak remaja yang tidak suka berubah. Ada yang bersikap selamba dan relaks dengan apa sahaja yang berlaku, termasuk perubahan yang berlaku pada diri dan sekeliling mereka. Mengapa? Sebab perubahan ertinya hijrah atau berpindah. Setiap hijrah dan berpindah itu menagih kesusahan....
Pelajaran dalam hidup ini datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja itu gagal dalam "sekolah" kehidupan mereka.
Ingatlah, setiap kali sesuatu peristiwa menimpa anak kita - sama ada baik atau buruk - itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan dirinya. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan mereka hadapi. Maka ajarlah mereka secara berterusan, agar mereka berubah secara berterusan pula. Jangan sekali-kali biarkan mereka menanggguhkan pelajaran yang hakikatnya menangguhkan peruahan. Justeru itu bermakna menangguhkan datannya kebaikan. Ajarlah anak-anak agar belajar di sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya mereka tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua.
Kata pepatah: "Belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air".
-solusi 13

Comments