Masak Lemak Udang Dengan Belimbing Buluh


Bahan-bahan :
300gm udang sederhana besar
200gm santan
20bji cili padi - klau xmo pedas kurangkan
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
belimbing buluh - ikut suka nk masam lebihkan lah
daun kunyit
air
garam
gula - optional


Cara Membuatnya :
1. Blend cili padi, bawang besar,kunyit dan air sehingga halus
2. Masukkan bahan blend dalam kuali/periuk tunggu hingga kering air sedikit
3. Masukkan separuh santan, biarkan sekali mendidih tapi kena selalu kacau agar tidak pecah minyak
4. Bila sudah mendidih masuk kan belimbing,udang,daun kunyit dan separuh lg santan, perasakan dgn garam dan gula..pastikan sentiasa dikacau...biarkan sehingga belimbing agak layu dan udang masak
5. Sedia tuk dihidangkan..

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah