Shiro Manja Mama



Kucing aku. Shiro namanya. Tengahari semalam masa aku sampai kat rumah selepas 4 hari berseminar kat Tekam Plantation Resort, terkedek2 lari kat aku. Gesel kaki aku. Aku angkat dia. Peluk dia. Dia gesel kepala dia kat lengan aku. Aku peluk dia, Aku usap dia. Aku geletek perut dia, grrrr...bunyi dia geli. Dia cakar tangan aku. Aku geletek dia lagi. Terkedek2 dia lari. Main aci nyorok. Last2 bila dah letih, bergolek dia sebelah aku. Bila aku usik dia lagi, dia lari dok kat sofa sebelah sana. Karang bila dia tengok ekor dia bergerak2, kejap2 dia berpusing2 mengejar ekor dia sendiri. Comel. Gebu. Manja.Yang paling best, dia garang2 manja and dia suka kembangkan ekor dia. Mcm squirel. Kata anak aku, Shiro rindu la tu, lama tak nampak mama.

Malam tadi, lepas aku bagi dia makan. Aku gosok2 kepala dia. Aku letak dia dlm kandang. Baru aku nak lelap, dengar bunyi bising kucing bergaduh. Dengar suara si Shiro ni. Tapi hati aku kata takkan la. Aku dah letak shiro dlm kandang dengan Blacky. Tak lama lepas tu, hubby aku panggil aku. Katanya shiro bergaduh. Kene gigit. Gigit? Bingkas aku bangun. Tengok kat luar rumah, banyak darah. Sana sini tompok2 darah. Aku panggil shiro. Dia tak datang. Aku cari dia. Merata2 aku nampak tompokan darah. Hubby aku lak gi kejar bapak kucing yang gaduh dgn shiro aku tu. Hubby aku kata dia nampak shiro kat bawah kereta. Aku jenguk tapi tak nampak. Aku masuk kejutkan anak sulung aku. Mintak dia tolong sama carikan shiro. Aku undurkan kereta. Kakak kata dia nampak shiro bawah kete tapi susah nak ambik. Perut dia terburai katanya. Dia takut nak ambik . Menyirap darah aku dengar keadaan shiro. Terasa panas muka aku. Aku tak nampak how bad is her condition. Aku mintak hubby aku undurkan kete, biar aku yg ambik shiro.Aku suh anak aku ambikkan kain untuk aku pegang shiro. Once underkan kete tu sket, terus aku nampak bebayang dia bawah kete, terus aku capai dia pelan2, bungkus dia dalam kain. Sedih aku tengok keadaan dia. Perut dia terburai kene gigit dengan kucing jantan. Terkeluar usus perut dia. Aku usap kepala dia. Aku ckp aku syg dia. Suh dia sabar. Anak aku talipon Dr. Bajan. Dr haiwan yg dah jadi doktor kucing kitaorg. Dr tu dah tido pn, tapi lps anak aku cite keadaan shiro. Dia suh bawak kat klinik dia. Dia tunggu kat sana. Around 15minits dlm perjalanan tu pn terasa jauhhhhhh sangat. Shiro muntah. Abis yg dia makan tadi keluar. Aku usap kepala dia. Aku cium kepala dia. Biarlah org nak kata apa pn. Nak kata aku giler ke ckp ngan kucing, peduli apa aku. Shiro adalah salah satu sumber keceriaan aku. Kesayangan aku. Kesayangan anak2 aku. Kesayangan keluarga aku.

She undergo major operation untuk masukan semua usus dia yg terkeluar. Doktor kata ada bahagian usus dia yg berlubang akibat terkene gigitan kucing jantan tu. Doktor takut infection atau internal bleeding. Doktor biuskan dia dulu sebelum operation. Dalam sakit, Shiro pandang muka aku, pandang muka kakak. Nampak bergenang airmata dia. Siapa kata kucing tak pandai menangis. "Sabar ya shiro. Mama tahu shiro sakit. Be strong ya...dia good girl." Aku usap2 kepala dia. Aku cium kepala dia. Sementara ubat buis tu nak jalan. Akhirnya dia tidur. Kami tunggu dia. Tengok doktor jahit dia. Luka dia dlm sgt. Kritikal. Kata doktor kalo dia boleh lepasi mlm nie. Ada potensi dia boleh idup. Tapi persen yg dia bagi tipis sgt. Lps jahit dia. Doktor letak dia kat "ward" dia. Aku tinggalkan dia kat sana. Dia masih tak sedar lagi. Sblm aku balik, aku usap dia. Aku bisik kan dia. Mama balik dulu. Nanti mama datang tengok dia.

Pagi tadi dlm pukul 10.30am, hp aku berbunyi. Tertera nama Dr. Bajan. Tak sedap hati aku. Aku jawab panggilan tu. Kata Dr. Bajan, she did'not make it. Sedih tul hati aku. Aku control." Tak apa lah doktor, we have tried our best to save her."

Tatkala menaip kisah ini, berlinang air mata aku. Tadi hubby aku call tanya ada apa berita dari Dr Bajan. Lidah aku jadi kelu. Sebak. Air mata makin laju. Hubby aku pujuk aku. "Tak ape lah...dah bukan rezeki kita nak jaga dia lagi."

Seekor lagi kucing aku mati. "Terima kasih Tuhan kerana beri aku peluang menyayangi Shiro. Sekurang2nya dia tak menanggung sakit yang berpanjangan." Aku tak ada gambar Shiro. Aku tak tangkap gambar Shiro sbb org kata tak boleh tangkap gambar kucing, nanti cepat mati. Tapi gambar kucing kat atas pokok tu sebijik rupa Shiro aku. Buat pengubat rindu.

Dua kali aku lihat kucing aku menangis. Pernah sekali tu kucing aku Buster sakit, menitik airmata dia kat kaki aku. Aku mcm tak percaya pada mulanya, tapi itu lah kenyataan. Mereka pn makhluk Allah yang punya perasaan.

"Shiro....mama sayang shiro"

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah