Ada kalanya sepi lebih indah



Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti akan kehilangannya juga suatu hari nanti atau kukuhkah sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?






Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu lebih indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu, sepi lebih indah dari sebarang bunyi.



Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.



Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih dari tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu, jua aku tak mungkin dapat melupakanmu.



Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, maka adalah lebih baik melangkah pergi.



Adakalanya kita perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.




Katakan,: Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang kudapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku.

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.

Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah. Lihat bolak-baliknya orang yang tidak sudi....





Pemuda: Berapa jauh biri-biri ini berjalan setiap hari?


Pakcik : Yang mana, putih atau yang hitam?


Pemuda: Yang putih


Pakcik : kalau yg putih lebih kurang enam km setiap hari


Pemuda: Yang hitam?


Pakcik : Yang hitam pn sama


Pemuda: Berapa banyak rumput biri2 ini makan setiap hari?


Pakcik :Yang mana, yang putih atau yang hitam


Pemuda: Yang putih


Pakcik : Yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari


Pemuda:Dan yang hitam?


Pakcik :Yang hitam pn sama


Pemuda: Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?


Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam


Pemuda: Yang putih


Pakcik : Yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun


Pemuda: Dan yang hitam?


Pakcik : Yang hitam pn sama


Pemuda:Kenapa pakcik bezakan biri2 yang putih dgn yg hitam, padahal jawapannya sama saja


pakcik: Mestilah, sebab biri2 yang putih tu pakcik yang punya


Pemuda: Oooo gitu ke, habis yang hitam tu siapa punya?


Pakcik : Yang hitam pn sama






Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.








Motivasi oleh: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah