Hidup Untuk Memberi
Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula. What you give, you get back - apa yang kita beri akan kita terima semula. Ini hukum alam sunnatullah - what goes around, comes around.
Bijak pandai sering mengingatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada di samping kita tidak bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain.
Berikanlah apa yang Allah berikan kepada kita kerana di sana ada hak orang lain yang diamanahkan kepada kita.
Ramai orang yang gagal dalamhidup ini kerana lebih pentingkan bagaimana untuk mendapatkan, berbanding bagaimana untuk memberi. Sedangkan mengikut kajian, orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi. Kita mesti memberikan ilmu, pimpinan, panduan, kemahiran kepada orang di sekeliling kita. Jangan bakhil menabur kebaikan.
Percayalah, memberi kepada orang lain samalah seperti memberi kapda diri sendiri. Tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum!