Kenapa Perlu Marah?!

Selain 'expectation' atau harapan, punca kemarahan datang daripada ego sendiri.

Orang yang panas baran, mudah marah lazimnya:

1. Menganggap dirinya lebih penting daripada orang lain...

a. Mengapa aku dilayan bagai orang biasa...
b. Mana aku nak letak air muka aku kalau macam ni ....

2. Menganggap diri mereka sentiasa betul...

a. Itu hak saya... (walaupun tak pernah usaha)
b. Aku pejuang sebenar, orang yang mengkritik cara aku, semua anti-perjuangan...
c. Kan dah suruh abang buat itu dulu, sekarang tengok apa terjadi...

Orang yang mempunyai kedua-dua ciri di atas akan mudah marah apabila mereka tidak mendapat sesuatu yang dihajatkan.

Ingatlah, terdapat 6.8 billion manusia di muka bumi Allah. Kadangkala untuk seseorang lain mendapat sesuatu, kita terpaksa hidup tanpa sesuatu benda itu.

Semua orang ada kelemahan masing-masing, yang muka jelita tapi hatinya busuk, yang hati baik tapi tak handsome... itulah uniknya ciptaan Allah - supaya boleh saling menerima, saling memanfaatkan kelebihan masing-masing.

Orang yang marah juga suka bertengkar dengan realiti...

1. Hari ini tidak sepatutnya hujan.
2. Pencuri itu tak patut curi...
3. Jalan ini tak sepatutnya jem.
4. Kawan tak sepatutnya lambat.
5. Boss sepatutnya layan saya dengan baik...

Sedarlah perbuatan di atas hanyalah membazir tenaga dan masa. Apabila kawan dah terlewat, adakah kita nak marah sehingga masa yang dijanjikan bersama dia dihabiskan dengan muka masam?

Jika anda berasa marah terhadap sesuatu situasi yang berulang-ulang, ingatlah ini bukan kerana situasi itu berulang-ulang, ini adalah kerana anda tidak mengubah cara pemikiran anda...

Ingatlah, adalah lebih mudah anda mengubah diri daripada mengharapkan perubahan pada orang lain.Sekadar untuk renungan. 
SENYUM.
- Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

 

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah