BERLEMAH-LEMBUT DALAM BERBICARA



Kebiasaannya, manusia akan bertindakbalas melalui imej dirinya. Apabila dia bersama ahli keluarga yang tidak pernah menghargai apa yang dilakukan ataupun berbual agak kasar dengannya, maka imej dirinya bersama keluarga amat rendah. Ini bererti, dia mungkin merasa kurang diterima dalam keluarganya. Tetapi apabila dia bersama orang luar, dia dipuji dan dihargai, maka imejnya akan meningkat dan dia akan bertindak balas dengan baik. Perbualannya penuh sopan santun dan sebagainya, kerana dia berada di sekeliling orang-orang yang menghargai apa yang dilakukannya. Orang yang pemarah adalah orang yang takut; takut kehilangan dan takut tidak dihormati. Orang yang marah akan berasa takut kerana dia bergantung kepada manusia dan penghargaannya, bukan kerana Allah s.w.t. Contohnya, sesiapa yang bergantung kepada jawatan, akan bimbang jawatannya itu hilang. Sesiapa yang bergantung kepada Allah, dia akan sentiasa kuat dari segi mental dan fizikalnya, kerana dia tidak memikirkan mengenai apa yang orang lain katakan. Orang yang tidak yakin kepada diri sendiri adalah orang yang mudah marah dan tidak memfokuskan keyakinan kepada nilai yang tersirat, iaitu makna dan ganjaran perbuatan yang sebenar adalah di sisi Allah s.w.t.
 
- Prof Dr Muhaya

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah