Hargailah sesuatu waktu yang ada...


Cuba kita tanya orang sekeliling kita, jiran kita ....

Apa yang boleh menenangkan hati mereka?

Sudah pasti ada yang menjawab:

1. Percutian di sesuatu tempat...
2. Lebihan pendapatan RM500 sebulan akan tenangkan hati...
3. Dapat kereta baru...

Ya semua di atas, walaupun kebendaan, boleh tenangkan hati... akan tetapi untuk seketika sahaja.

Bayangkan hari ini, anda mendapat lebihan RM500 sebulan seperti yang diharapkan, anda gembira... tapi percayalah dalam masa dua bulan akan datang anda akan terasa gaji baru itu tidak cukup dan anda inginkan lebih RM1000 sebulan.

Ketenangan minda jarang boleh dicapai dengan kebendaan. Biasanya dapat lagi banyak benda akan menjurus kepada lebih banyak benda yang ingin dimiliki.

Jadi di manakah ketenangan minda bermula... ia bermula apabila kita tahu bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada waktu ini.

Tahu bersyukur ini adalah satu nikmat. Nikmat ini hanya boleh dirasai bagi orang yang ikhlas dalam syukurnya.

Antara nikmat bersyukur - sekiranya kita bersyukur dengan kawan yang ada, harta benda yang ada - kita akan mendapat lebih ramai kawan yang baik dan mendatangkan kebaikan.

Orang yang selalu merungut 'ini tak ada, itu tak ada' akan mendapati bahawa minda mereka hanya nampak benda yang mereka tiada senantiasa - maka rungutan mereka akan bertambah kerana senarai benda yang mereka tidak ada akan sentiasa bertambah dan tiada penghujungnya.

Rungutan membuka pintu pada bisikan syaitan - bermula dengan mainan minda dan dicampuri dengan perasaan dengki dan cemburu; dan akhirnya timbul perasaan dendam kerana asyik membandingkan diri sendiri dengan orang lain... mereka akan sentiasa dalam keadaan kecewa, menangguhkan kegembiraan mereka selagi benda yang dihajat tidak berada di tangan.

Bersyukurlah pada apa yang ada dan belajarlah bersyukur dengan apa yang ada.
Usah merungut pada apa yang tiada - sekiranya hendakkan sesuatu, jangan habiskan masa dan tenaga dalam rungutan, sebaliknya fokuskan segala masa dan tenaga dalam usaha kita untuk mencapai benda yang dihasratkan.

Ketenangan sebenar dan nikmatnya hanya boleh dirasai sekiranya kita tahu bersyukur.

Fokuslah pada apa yang ada, semestinya itu tidak meletihkan kerana senarai itu terhad berbanding dengan apa yang kita tiada kerana senarai itu adalah infiniti panjangnya.

Hargailah sesuatu waktu yang ada, agar anda tidak menyesal apabila ia sudah tiada.

Sekadar berkongsi pemahaman peribadi sebagai perkongsian. SENYUM

- Perkongsian dari Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah