BUAT BAIK SELAMA-LAMANYA - Ustaz Pahrol
Ingin saya kongsikan satu artikel yg amat menyentuh rasa hati seorang isteri..." Bukan letih badan tetapi perasaan." bisikan hati seorang isteri yang tidak terluah. Bergenang airmata bila membacanya...hanya Allah yang tahu.
“Dulu ustaz kata jika kita buat baik pasti dibalas baik, tetapi dalam realitinya kenapa tidak? “
Saya diam.
“Saya dah lama buat baik tetapi sampai sekarang tidak dibalas baik.”
Saya masih diam. Ibu separuh umur itu saya lihat keletihan. Bukan letih badan tetapi perasaan… Raut wajahnya suram. Sinar matanya kelam.
“Sampai bila saya nak buat baik?” asaknya lagi.
“Sampai bila-bila,” jawab saya pendek.
“Berapa lama?” tusuknya dengan soalan yang seakan sama.
“Selama-lamanya, “ jawab saya dengan nada yang sama.
“Saya kecewa. Budi tidak dibalas, kebaikan tidak dikenang.”
“Oleh siapa?” tanya saya.
“Suami dan anak-anak, “katanya terus terang.
“Setiap kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan,” tegas saya perlahan.
“Ya kah?”
“Ya. Pasti. Allah pasti membalas kebaikan sekalipun sebesar zarah. Itu janji Allah dalam Al Quran. Walaupun sekiranya anak-anak dan suami puan tidak membalasnya, Allah pasti membalasnya. Tidak di akhirat, pasti di dunia. Atau kedua-duanya sekali.”
“Payahlah ustaz kalau semuanya dibalas di akhirat… “
“Itulah iman puan. Percayalah pada Allah. Percayalah pada Hari Akhirat. Allah pasti membalas kebaikan yang kita buat di akhirat nanti.”
“Berbaloikah jika semua kebaikan hanya dibalas di akhirat?”
“Sangat berbaloi. Di akhirat balasan Allah terhadap setiap kebaikan yang kita lakukan adalah lebih baik dan lebih kekal. Malah, menurut para ulama, kalaulah kita nampak ganjaran berganda yang bakal kita nikmati di akhirat nanti nescaya kita akan meminta agar semua kebaikan yang dibuat dibalas hanya di akhirat sahaja… di dunia tidak dibalas pun tak mengapa.”
“Saya letih ustaz, “katanya terus terang.
“Membuat kebaikan memang meletihkan tetapi ganjarannya memang besar.”
“Bagaimana hendak buat kebaikan tanpa merasa letih? Maksud saya, bukan letih badan sahaja tetapi letih jiwa ustaz?”
“Buatlah kerana cinta, buatlah kerana cintakan Allah,” ulang saya.
“Jadi saya letih membuat kebaikan selama ini kerana mengharapkan kasih-sayang suami? Kerana harapkan kasih sayang anak-anak.”
Saya mengangguk perlahan. Jika kita berbuat kerana manusia, pasti ada manusia yang akan mengecewakan kita. Jangan memburu cinta manusia. Tetapi burulah cinta Allah, nescaya cinta manusia akan mengekor. Itulah bisik hati saya. Pada ketika itu juga saya segera teringat sebuah hadis yang saya temui sejak lama dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia.”
“Tapi ustaz, saya bukan orang baik…”
“Puan, kita buat baik bukan kerana kita sudah menjadi orang baik… tetapi itulah usaha kita untuk menjadi baik.”
“Jadi ustaz?”
“Berterusanlah kita buat baik untuk menjadi orang yang baik…” jawab saya.
“Mengapa suami kita mengecewakan?”
“Itu soalan yang sukar dijawab. Hati orang tidak dapat diduga. Kadangkala kita buat baik, dibalas baik. Ada masanya kita buat baik dibalas sebaliknya. Madu yang kita beri dibalas tuba. Jangan bergantung pada manusia kita akan kecewa.”
“Tapi hati isteri ustaz, tetap mengharap…”
“Tidak salah mengharap. Bahkan kita disuruh untuk berdoa bagi mendapat suami yang baik. Tetapi jangan bergantung semata-mata kepada suami untuk bahagia. Bergantunglah kepada Allah. Jika suami berpaling, Allah tidak. Allah sentiasa setia menunggu cinta hambaNya.”
Saya pernah menulis tentang ‘hierarki’ cinta. Jangan tersalah meletakkan keutamaan cinta. Pada seorang isteri cinta utamanya Allah, kedua Rasulullah SAW, ketiga barulah suaminya. Namun sekarang kebanyakan wanita meletakan suami sebagai cinta nombor satu, dua dan tiganya. Akibatnya, apabila suami berubah cinta, seluruh hidupnya dianggap musnah. Padahal dia sebenarnya masih mempunyai harapan. Cinta nombor satu dan duanya sentiasa ada… sentiasa, selama-lamanya!
Isteri separuh umur itu termenung. Saya pasti akalnya mula berfikir, hati dan perasaannya mula bermuhasabah dan merenung.
“Tidak ada manusia yang menyayangi puan?” suntik saya untuk ‘mengusik’ diamnya yang agak panjang.
“Er, ramai. Ibu-bapa saya sangat menyayangi saya. Begitu juga adik-beradik. Mereka sentiasa ada di sisi dalam senang dan susah.”
“Itu juga menunjukkan kebaikan yang puan lakukan telah dibalas di dunia lagi. Puan… hilang cinta suami, tetapi cinta ibu-bapa tetap ada. Cuma kadangkala kita lupa. Akibatnya, nikmat yang ada jarang disyukuri, nikmat yang tiada sering dirisaukan. Cinta yang telah ada, kita lupakan. Cinta yang tidak ada… itu yang kita buru habis-habisan.
“Oh, saya terlupa. Saya terlupa kelebihan yang ada pada diri ustaz. Saya hanya fokus kepada apa yang tidak ada. Sebab itu saya jarang bersyukur. “
“Malah, apa yang puan miliki sebenarnya lebih baik. Katalah, puan tidak dapat ganjaran di dunia, insyaAllah semoga puan dapat ganjaran di akhirat. Akhirat itu lebih baik dan kekal. Puan tidak mendapat cinta suami tetapi puan mendapat cinta Allah. Bukankah itu lebih berharga?”
“Kalau dapat…”
“Jangan pesimis. Bersangka baiklah puan. Allah mengikut sangka hambaNya. Jika kita sangka baik, Allah akan bagi baik.”
“Saya tak layak mengatakan diri ini sudah ikhlas ustaz.”
“Siapa pun tidak layak mengatakan dirinya ikhlas. Ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Namun apabila ditanya, apakah kamu seorang yang ikhlas? Maka jawablah dengan pasti, saya sedang sedaya upaya berusaha untuk ikhlas!”
“Orang yang sedang berusaha untuk ikhlas tidak gembira ustaz?”
“Di jalan ikhlas, kegembiraan ada di sepanjang jalan, bukan hanya di hujung jalan,” kata saya.
“Jadi kalau saya belum gembira ustaz?”
“Mungkin kerana puan sudah berhenti berjalan!”
Saya tersenyum. Teringat satu ungkapan yang pernah memberi aspirasi ketika diri sendiri pernah mengalami perasaan yang sama: Sekalipun sudah berada di jalan yang benar, tetapi apabila kita berhenti berjalan, kita akan digilis dari belakang. Ya, hidup umpama mengayuh basikal, selagi tidak berhenti mengayuh selagi itulah kita tidak akan jatuh. Berbuat baik itu adalah tugas selama-lamanya, sampai bila-bila.
http://genta-rasa.com/2013/06/05/buat-baik-selama-lamanya/
BUAT BAIK SELAMA-LAMANYA
05
Jun

Comments