KITA SEBENARNYA BAGUS!
1) Pernah tak pada satu-satu masa, kita merasa apa yang kita buat kurang setanding dengan apa yang dihasilkan oleh orang lain?
Pernah tak kita merasa kerdil bila terfikir nama mereka dan hasil kerja mereka?
2) Elak untuk bersikap sebegitu. Sebenarnya, jika kita selalu buat apa yang dikatakan tadi, kita memandang rendah pada kebolehan diri sendiri, sebab kita tidak memberi ruang kepada fikiran untuk menggali kebolehan diri sendiri.
3) Kita telah meletak rasa sangsi pada bakat dan kekuatan diri kita. Inilah sebab mengapa ramai orang merasa kurang yakin, atau berfikir tidak boleh melakukan sesuatu sehebat orang lain.
4) Pedulikan orang lain, fokus saja pada diri sendiri dulu. Jadikan orang lain sebagai mentor, model, idola atau seseorang yang kita cukup kagumi.
5) Kita membunuh bakat diri sendiri jika selalu berfikir sebegitu. Ingat, kita semua dilahirkan unik!
6) Cara terbaik adalah dengan menjadikan mereka sebagai aras ukur kualiti usaha kita. Fokus pada proses pembaikan diri sendiri secara berterusan, jadikan tahap mereka sebagai pembanding pencapaian kita.
7) Kenal pasti level mereka, kenal pasti juga level pencapaian kita, tahap ilmu dan tahap attitude kita. Selepas itu, tekad untuk buat sehabis baik, cabar diri sendiri supaya sampai ke tahap pencapaian mereka.
8] Jika masih jauh, usaha lagi, cari ilmu lagi. Elak membanding-banding sebelum usaha kita mencapai target sebab ia akan meruntuhkan motivasi Anda. Elak mindset persaingan, tetapi gunakan kreativiti mencipta cara baru untuk mendahului pencapaian mereka.
9) Elak selalu merasa diri kurang bagus, tapi terapkan sikap kagum pada kehebatan orang lain, kerana serta merta ia membentuk anda menjadi semakin bagus!
Comments