Siapakah teman yang baik?


Nabi S.A.W pernah di tanya : Siapakah teman yang baik itu? Maka baginda bersabda : "Orang yang dapat mengingatkanmu kepada Allah ketika melihatnya, menambahkan keilmuanmu dengan ucapannya, dan mengingatkanmu kepada akhirat melihat amal perbuatannya." [HR Imam Abu Ya'la]

Ramai yang mengaku dia sahabat, tapi hakikatnya dia bukanlah sahabat. Sahabat ini sentiasa ada tika saat jatuh dan bangun kita. Sahabat adalah pengganti kepada ibu bapa kita bila berjauhan dari mereka, sahabat adalah kekasih kita, sahabat lah segala-galanya.

"Sudi tak kau jadi sahabat aku, bantu aku bila aku perlukan seseorang? Jangan jawab sekarang. Tunggu bila aku jatuh dulu. Masa tu lah perlu ada peranan seorang sahabat."

Ukhwah fillah till jannah, senang lafaz di bibir, tapi tak ramai yang faham maksud sebenar ungkapan ini.

Sayang sahabat, bantulah saat turun naik dia. Sayang sahabat, jangan menganiaya dia. Dan sayang sahabat, sebutkan nama dia dalam setiap doa kita, itulah baru dikatakan ukhwah fillah till jannah, bersahabat kerana Allah, bukan sebab lain.

"UKHWAH FILLAH TILL JANNAH. SEMOGA ALLAH KEKALKAN UKHWAH ANTARA KITA, ANTARA ANAK-ANAK. TAK DAPAT BERSAMA DI DUNIA, INSYAALLAH DI SANA AKAN KETEMU, MENJADI JIRAN DI SYURGA ILAHI."

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah