Mencari penyembuh luka...
Sebagai manusia, setiap hari kita akan membicarakan mengenai ubat kesedihan. Setiap manusia pasti akan merasa sedih mahupun terluka. Itu adalah fitrah kejadian manusia. Namun ramai di kalangan kita yang mencari atau mengambil ubat yang salah untuk mengubat kesedihan.
Allah swt yang menjadikan segala jenis bentuk ujian termasuk kesedihan. Maka sudah tentulah Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya?
Satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah "Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali r.hu dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah saw, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".
Allah swt berfirman yang maksudnya:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Surah al-Raad ayat 28)
Jadi kenapa kita perlu hebohkan setiap rasa hati yang terluka dan perasaan sedih di media sosial kepada semua teman kenalan?
Comments