Kulit Karipap
Tahu tak kawan-kawan kulit karipap ade banyak cara membuatnya. Resepi yang berlainan dan amat simple. Bergitu juga dengan intinya, boleh diolah ikut selera kita tak semestinya intinya mesti boh daging atau ayam, setakad kentang kosong pun sedap asal kena dengan ramuannya. Ok jom kita cuba2 dengan beberapa resepi kulit karipap @ epok-epok kesukaan ramai ni...MENCUBA tiada salahnyakan...
KULIT KARIPAP (versi saya )
Bahan
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn mentega (cairkan)
sedikit garam
sedikit air ais
Caranya:
1) Gaulkan tepung, garam dan mentega serata, sambiltu masukkan air ais sedikit demi sedkit sambil menguli menjadi doj lembut.
KULIT KARIPAP (versi 2)
Bahan
2 cwn tepung gandum
3 sdm mentega/marjerin
sedikit air
sedikit garam
Caranya
tepung gandum digaulkan dengan mentega- abu roti-anginkan. Pastu masuk garam-gaul rata dan air sedikit2 sambil uli jadi doh.
KULIT KARIPAP (versi 3)
Bahan
2 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn minyak masak
sedikit garam
sedikit air panas
Caranya
Gaulkan tepung gandum dgn garam kemudian buat lubang tuangkan minyak dgn sedikit air panas. Gaulkan jadi doh.
KULIT KARIPAP (versi 4)
Bahan
2 cwn tepung gandum
sedikit santan
sedikit garam
Caranya
satukan santan dgn garam dan kacau kemudian masukkan kedalam tepung sedikit2 sambil adun jadi doh.
p/s versi ni kwn org indon bagi tapi belum try pun.....
KULIT KARIPAP (versi 5)
Bahan
2 cwn tepung gandum
sedikit air suam
sedikit garam
Caranya
Bancuhkan air suam dgn garam kemudian tuang ke dalam tepung sambil menguli jadi doh
p/s yang ini dah try buat...bila masak liat sikit dimakan tapi ok jugak!
KULIT KARIPAP (versi 6)
Bahan
3 cwn tepung gandum
1/2 cwn mentega+ minyak=panaskan atas dapur-sejukkan
sedikit garam
sedikit air ais
Caranya
gaulkan garam dgn tepung, masukkan minyak+mentega gaul serata dan tuangkan sedikit demi sedikit air ais, uli jadi doh
KULIT KARIPAP ( versi 7)
Bahan
3 cwn tepung gandum
1 biji telur
3 sdm mentega
air ais sedikit garam
Caranya
Gaulkan tepung dgn garam, masukkan mentega -gaul lagi. Buat lubang ditengah tepung dan pecahkan telur dan sambil menguli tuangkan sedikit2 air ais=doh
p/s yang ini cantik
KULIT KARIPAP
yang senang lagi .....beli kat pasaraya yang dah siap pastry puffnye.....hehehhehehehehehe
Comments