Bangunkanlah Untuk Anda Sebuah Istana di dalam Syurga
Bangunkanlah Untuk Anda Sebuah Istana di dalam Syurga
Ku turuti keinginanku, ternyata ia memperhambakanku. Sekiranya aku menerima apa adanya, tentulah aku menjadi orang yang merdeka.
Perhatikanlah betapa banyak generasi yang telah berlalu. Apakah mereka pergi membawa harta-benda mereka? Membawa istana-istana mereka? Pangkat serta kedudukan mereka? Apakah mereka dikuburkan dengan emas permata mereka? Apakah mereka berpindah ke akhirat dengan kereta-kereta dan pesawat-pesawat mereka? Sekali-kali tidak….!
Bahkan mereka ditelanjangkan dari bahu dan penutup, dimasukkan dengan kain kafan ke liang kubur, kemudian mereka ditanya:”Siapakan Tuhanmu? Siapakah nabimu? Apa agamamu?
Oleh itu, bersiap-siaplah dan bekalilah diri anda untuk menghadapi hari itu. Janglah anda bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi, kerana sesunggnuhnya harta duniawi itu adalah barang yang murah dan pasti lenyap dan tidak kekal, selain amal soleh.
Allah S.W.T berfirman:
“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempua, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan” (Surah An-Nahl: ayat 97)
Sakit laksana misi yang membawa berita gembira sedang sihat bak hiasan yang mempunyai harganya sendiri.
- dari buku La Tahzan, Jadilah wanita yang paling Bahagia
Comments