Suami yang ideal
1-Seorang yang jujur semenjak ia melamar sehingga ketika ia melamar, calon isterinya sudah boleh membaca bagaimana calon suaminya ini.
2-Seorang yang melayan isterinya dengan baik, lemah lembut, memuliakan isterinya dan menghormati keluarga dan harta milik isterinya.
3-Seorang yang memperlakukan keluarganya dengan baik. Kerana hanya suami yang mulialah yang boleh memuliakan isterinya dan sebaliknya hanya suami yang buruk perangailah yang akan menjatuhkan isterinya sendiri.
4-Seorang yang selalu merayu isterinya, memberinya hiburan dan kesenangan yang jauh dari dosa.
5-Seorang yang memiliki rasa cemburu yang normal. Bukan yang suka buruk sangka atau meragui isterinya secara berlebihan.
6-Seorang yang berbudi bahasa dan baik tutur katanya terhadap isterinya. Ia selalu bercakap dengan gaya bahasa yang lembut, terdidik, penuh hormat dan menghormati pendapat isterinya.
7-Seorang yang selalu memberikan nafkah kepada keluarganya secukup yang mungkin, tidak boros dan tidak kedekut.
8-Bukanlah seorang yang mementingkan diri dan menjaga kehormatan diri.
9-Seorang yang selalu berpenampilan baik di hadapan isterinya, kemas dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal kebersihan diri.
10-Seorang yang selalu menjaga rahsia rumahtangga. Ia tidak membicarakan sedikit pun berkaitan rahsia rumahtangganya. Sebar menyebarkan rahsia merupakan perbuatan yang buruk.
11-Seorang yang sentiasa menjaga kewibawaannya. Tidak berlebihan dalam penampilan dan tidak pula lemah sehingga ia tidak dihargai.
12-Seorang yang berusaha mengikut akhlak Rasulullah s.a.w. Dihormati oleh isterinya kerana sikapnya yang baik.
Comments