Tidak Ada Kebetulan
Pertemuan kita semua bukannya kebetulan.
Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.
Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?
Kadangkala manusia ini perlu diketuk sedikit, baru tersedar. Ada yang ketuk sekali tak sedar-sedar. Mungkin caranya tidak kena, dan caranya membuatkan dia terus pecah, atau yang mengetuk menyerah kalah.
Setiap manusia punya ujian masing-masing, kan?
Mungkin yang membuatkan kita rasa sukar untuk berubah adalah rasa tidak yakin terhadap diri.
Dan rasa tidak yakin ini hanya mampu diubat dengan satu cara sahaja, iaitu :-
Yakin kepada Allah. Yakin dengan keyakinan yang tidak ber’tapi’. Yakin bahawa Allah itu Maha Teliti, dan Dia tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.
Comments