Tanggungjawab suami, isteri dan Mertua


As salamu'alaikum shbt tersayang. Moga Allah beri hidayah kpd kita semua. Saya baru selesai kendalikan 4 siri ceramah d Perth. Setiap sesi penuh sesak hingga tiada tempat duduk. Masy Islam d Perth amat dahagakan ilmu & tak lepaskan peluang utk dptkan ilmu. Kita d Msia d kelilingi ilmu, tapi ramai yg tak kesah nak timba ilmu. Dari soalan yg d terima, ramai anak jahil peranannya, ramai yg baru kawin tak faham t jwb suami/ isteri. Mertua tak faham batas hak hingga susahkan anak2 jadi porak peranda. Ibubapa zalimi anak hingga anak ramai yg derhaka & derita. Ramai keluarga derita sbb suami jahil & jadi dayus. Kenapa ramai yg "selesa" jahil hingga susahkan diri & byk pihak lain? Mari koreksi diri & hidupkan budaya mencari ilmu. Wassalam. (dipetik dari Dr Fadzilah Kamsah)

.............................
Mmg benar bagai dikata, kita hidup di kelilingi ilmu tapi ramai yang tak kesah nak menimba ilmu. Ada yang berfikiran yang "ilmu ini aku dah tahu" maka tak ada perasaan ingin menambahkan ilmu yg lain mahupun menambahbaik  ilmu yang ada. Sebagai contoh: Solat. Iya mmg benar kita solat dan kita dah belajar tentang solat dari kecil lagi. Jd bagi sesetengah mereka apa relevantnya belajar perkara yg kita selalu buat dan perkara yang kita rasa kita dah pandai buat. Tapi sedarkan kita yang mungkin solat yang kita pelajari 40tahun lepas adakah solat yang sempurna? Tak mahu belajar adalah sombong dan kita tidak layak untuk sombong. Rasulullah s.a.w yang pernah naik ke langit pun tak pernah sombong, siapakah kita yg terasa diri kita hebat.

Bukan setakat yang baru kawin sahaja yang tidak tahu tanggungjawab suami/isteri malah yang telah bertahun kawin pun masih tidak tahu atau lebih tepat lagi tidak mahu tahu sebenar-benarnya tanggungjawab suami/isteri. Kenapa? Kerana mereka sudah berada di 'Zon Selesa'. Tak mahu berubah. Bagi mereka berubah bererti kekalahan. Lebih baik tak tahu sebab kalau dah tahu kene buat. Tak buat berdosa. Contohnya nafkah: ada suami yang beranggapan nafkah tidak wajib diberikan kepada isteri yang bekerja. Cukup sekadar memberi keizinan bekerja dan duit gaji isteri itu dianggap nafkah yang dah diberikan. Walaupun dalam islam, suami wajib memberikan nafkah kepada isteri samada bekerja atau tidak. Malah duit gaji isteri turut digunakan dlm perbelanjaan  rumahtangga. Tekanan yang digunakan amat mudah. Si Suami beli barang-barang dapur tapi dalam kuantiti yang kecil/ tidak mencukupi. Secara tidak langsung untuk anak-anak, si isteri/ibu akan membeli kuantiti yang selebihnya. Banyak terjadikan. Dlm konteks ini, suami akan menyatakan bahawa 'saya sudah pun menyediakan barang dapur' dan isteri dipersalahkan kerana tidak tahu bersyukur. Eemm...senario mudah:

suami: saya dh beli ikan, sayur tapi awak tak masak.
isteri: betul abg dah beli ikan tapi ikan semata-mata. Tak kan hari-hari ikan goreng, sayur rebus. Tak ada perencah lain. Santan tak ada, rempah tak ada, bawang tak ada, cili tak ada.........sian anak2 hari2 makan ikan goreng sayur rebus, lain la kalau kita tak mampu. Masing2 bekerja, abg boleh la makan sedap kat luar. Kami kat umah itu je lauk nyer...
suami: Itu la tak reti bersyukur....awak bekerja, awak ada duit, awak nak masak, awak beli la.....tapi duit jgn claim dengan saya. Pakai duit awak biar ikhlas kalau tidak tak payah masak...

Siapa disini yang menjadi mangsa? Anak-anakkan. Sebelum anak-anak derhaka kepada kita, kita terlebih dahulu derhaka pada mereka.

Satu lagi yang nak saya kupas adalah Mertua tak faham batas hak hingga susahkan anak2 jadi porak peranda. Ibubapa zalimi anak hingga anak ramai yg derhaka & derita. Terutama sekali ibu mertua. Kenapa saya tekankan kepada ibu mertua. Perkataan IBU itu sendiri adalah perkataan keramat. Nabi sendiri pun menyuruh kita menyahut panggilan ibu terlebih dahulu baru panggilan ayah. Ibu paling sensitif, paling mudah terasa. Tak perlu perkataan malah dari segi gerak badan pun dia boleh terasa walaupun dengan kata lain mungkin 'salah sangka'. Mungkin kerana mereka adalah orang lama maka dirasa bahawa mereka lebih mengetahui segalanya. Selalu saya berpesan bahawa cara hidup mereka 50-60 tahun lalu tidak sama dengan sekarang yang semuanya dihujung jari. Asas tetap sama tapi cara sudah jauh berbeza. Kalau dulu ibu-ibu kita menumbuk cili menggunakan lesung batu, tetapi sekarang  mesin pengisar menjadi pilihan. Jadi apa isunya disini? Biasanya dilema ini adalah dilema seorang isteri terutama sekali isteri yang bekerja, apabila si suami tidak mahu bertolak ansur kerana MAK kata 'inilah yg terbaik'. "MAK kata tumbuk cili guna lesung batu lebih sedap bila buat sambal tumis." Kesiankan...sudahlah nak masak kene guna duit sendiri, nak masak kene guna procedure org lain....Kalau setakat tumbuk buat sambal belacan hari-hari pun agak kelam kabut jugak apatah lagi kalo nak tumbuk cili dalam kuantiti yang banyak. Itu baru bab satu menu masakan. Lebih tertekan lagi  apabila suami kata "MAK kata duit belanja sekolah anak yang kita bagi hari-hari Rm4 tu banyak sangat. Kene kurangkan RM2.00. MAK kata dulu masa dia sekolah MAK bagi 20sen je...cukup!" Kita semua tahu bagaimana hebatnya kos hidup meningkat. Betul kita nak berjimat tapi bukanlah dengan menyekat soal makan minum keluarga. Apa akhirnya, anak berkenaan yang merasa tidak cukup duit belanja sudah pandai panjang tangan. Adakah itu yang kita mahukan? Hati ibu mana yang tak sedih. Hati isteri mana yang tak tertekan. Nabi kata kita jaga anak ikut zaman. Itu lah yang akan jadi bila Mertua tidak faham batas hak sehingga susahkan anak-anak jadi porak peranda. Secara tidak langsung ayah bertindak zalim pada anak dan isteri kerana MAK.Kerana itu Suami/Isteri mestilah berILMU dan terus mencari cara 'mengupgradekan diri' dengan mencari ILMU-ILMU yang bermanafaat.

 Semua orang bercita-cita menjadi anak yang soleh/solehah tapi jangan sampai kita menzalimi pasangan dan anak-anak kita. Kerana MAK kita tak puas hati dengan isteri/suami kita, maka kita hukum isteri/suami kita dengan  cara tidak memperdulikan dia waktu dia sakit. Kita tinggalkan dia waktu dia sakit, waktu dia perlukan kita, waktu dia tidak mampu bangun mahupun menyuap nasi ke mulut, waktu dia tak mampu mandi sendiri mahupun memakai baju dan waktu  sakitnya sendirian di dalam bilik sedangkan kita tidur nyeyak diruang tamu, sengaja mengasingkan diri, waktu sakitnya sedirian mengurus diri bagaikan tanpa waris dihospital.  Zalimkan. Sudah hilangkah rasa kasih-sayang. Sudah hilangkah perasaan belas kasihan dan kemanusiaan.  Jangan lupa, itu adalah contoh yang kita tunjukkan pada anak-anak.

 Dan kita masih kata yang MAK kita benar. Kita bercerita tentang segala keburukan pasangan kita pada dia. Untuk apa? Bukankah kita kawin atas dasar suka sama suka. Jadi kenapa dibuka aibnya. Dan, maaf, ada juga dikalangan MAK yang suka menjaja cerita-cerita sensasi  rumahtangga anak-anak kepada anak-anak yang lain atau sedara mara yang lain atau pada kawan-kawan sekampung. Anak-anak amat berbesar hati bila MAK datang bertandang atau tinggal bersama tapi amat sedih bila tahu cerita rumahtangga dijaja diluar sana. Boleh memberi nasihat tapi apa yang berlaku dalam rumahtangga berkenaan biar la kekal disitu. Rasa malu nak bertemu dengan ipar duai bila tahu cerita kita jadi bahan bualan. Rasa kecewa bila kita tahu pasangan kita yang membuka aib kita. Tetapi sebagai MAK yang faham batas hak, dia boleh menasihati samaada anak atau menantu. Anak boleh menegur dengan cara mengingatkan apa yang boleh dan apa yang salah bukan ikut apa MAK kata secara membuta tuli. Itulah pentingnya ILMU.  Adanya ILMU kita tahu yang mana salah, yg mana betul. Dengan adanya ILMU yg setiap masa kita perbaharui, kita akan lebih dekat pada Allah dan Rasul. Dengan adanya ILMU kita boleh menegur hatta MAK dengan cara yang berhemah dan terbaik. Semua orang nak masuk syurga. Kita pun nak masuk syurga. Pasti kita pun nak MAK kita masuk syurga. Takkan kita nak biar MAK kita masuk neraka. Kita sayang MAK, kita tegur dia dengan kasih sayang. Ingat, lelaki nak masuk syurga ada 4 org boleh tarik dia masuk neraka:; isteri, anak perempuan, saudara perempuan dan MAK. (betulkan saya kalau saya tersilap...) Mungkin ada yang tertanya kenapa bila disebut MERTUA maka saya tekankan MAK, kerana biasanya AYAH penasihat, MAK agak agresif sket jadi biarlah BERILMU agar adanya mereka akan menambahkan lagi kasih sayang, keharmonian dalam kekeluargaan bukan menjadikan rumahtangga anak-anak porak peranda. Siapa yang menjadi mangsa? Masih lagi anak-anak lah yang menjadi mangsa. Kita kene ingat, anak-anak lebih cepat belajar dari apa yang dia lihat bukan dari apa yang kita ajar.

Ramai keluarga derita sbb suami jahil & jadi dayus. Kenapa ramai yg "selesa" jahil hingga susahkan diri & byk pihak lain?Suami selesa 'jahil' tak nak berubah sebab tak nak memikul tanggungjawab baru. Mungkin dia merasakan dengan jawapan "Saya tidak tahu" akan menyelamatkan dia dari memikul tanggungjawab. Kira macam bila sebut "saya tidak tahu", malaikat akan kata "tak pe la Tuhan, polan bin si polan nie tak tahu, tu sbb dia tak buat." Maka terlepas lah dia dari hukuman. Macamlah boleh nak memperbodohkan Allah....Bukan kah ayat pertama yang Allah turunkan ialah surah Iqra..'Bacalah...'  Maka maknanya org Islam kene sentiasa belajar. Jangan tertinggal dibelakang. Org Islam kene  ada ILMU. Apa harta yang Nabi tinggalkan untuk kita? Emas? Perak? Harta Karun?Tanah Sawah/Kelapa Sawit? Tak.Tak ada pun. Tetapi apa yang ditinggalkan untuk kita adalah yang lebih baik dari itu. Diriwayatkan Rasulullah s.a.w sentiasa meminta jadi miskin sbb baginda takut menjadi kaya. Ada banyak sbb kenapa dia takut menjadi kaya.Tapi yang yang nak ditekankan ialah apa yang ditinggalkan untuk kita adalah ILMU. Al Quran dan Hadis. Kalau harta, kita yang sibuk menjaganya tapi kalau ILMU, ILMU yang menjaga kita.

Wallahuallam...


Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah