Posts

Takdir Allah terlalu MiStErI

Image
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikkan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang sama yang kita hulurkan kebaikan itu. Allah Maha Berkuasa. Adakalanya takdir dan perbuatanNya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah, what you give, you get back . Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Dalam istilah biasa, itu dipanggil golden rule!" Siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan tetapi orang yang kita beri kebaikan, tidak ada disitu untuk membalas kebaikan kita...Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain,yang tidak pernah berasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!" Orang yang iklas akan diberi ketengan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting...hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama ...

Mengapa Masih Bersedih?

Image
Suatu hari, ada seorang mengeluh mengenai kesusahan kehidupannya kepada Muhammad bin Samak, seorang imam yang sangat zuhud. Ia mengeluh kerana dibebani hutan dan kesulitan mendapatkan wang. Ibn Samak lalu bertanya kepadanya: "Berapakah wang yang engkau perlukan?" Ia menjawab:"Sepuluh ribu." Ibn Samak bertanya lagi:"Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu dengan matamu hilang?" Si fakir menjawab:"Tidak mahu." Ulama itu berkata lagi:"Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu tetapi lidahmu menjadi bisu?" Is menjawab:"Tidak mahu." "Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu namun kaki dan tangmu terputus?" Sekali lagi orang itu menjawab:"Saya tidak mahu" Ulama yang bijak itu lalu berkata:"Kamu memiliki sesuatu yang lebih berharga daripada wang tiga puluh ribu, tapi mengapa masih bersedih?"

Orang yang Derhaka yang ditimpa Musibah

Image
Apakah petanda Allah tidak sayangkan kita? Jangan tersilap, malah dalam keadaan berdosa sekalipun, Allah datangkan ujian untuk kebaikan. Jika orang baik mendapat peningkatan darjat apabila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidaklah seorang Mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih daripada itu, kecuali dengan nya Allah akan menghapuskan sebahagian dosanya" Paling tidak, biarlah kita diuji secara kafarah, yang dengannya, kita akan menyergerakan taubat kepada Allah. Tagihlah janji Allah ini: "Dan apa sahaja musibah yang menimpa ke atas kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu'(Surah Al-Syura) Maksud sabda Nabi s.a.w:" Sesungguhnya besarnya pahala diukur dengan besarnya ujian, dan apabila Allah suka kepada kaum itu, maka mereka diuji. Jika mereka redha, mak...

Istikharahku Membisikkan Sesuatu

Image
Bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak? Bagaimana kita nak tahu sesuatu pilihan itu adalah yang terbaik atau tidak. Apa itu Istikharah? Solat ini dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.Serahkan kepada Allah dalam membuat pilihan dengan istikharah dan muyawarah(berbincang). Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, bahwa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya"(Surah Al-Maidah) Sebagai pengganti kepada unsur-unsur ramalan itu, Allah s.w.t mensyariatkan istikharah yang mengandungi benih tauhid di dalamnya. Tidak akan menyesal orang yang memilih untuk beristikharah sebelum memutuskan urusannya. Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Malah boleh hadir dalam bentuk ketengan hati. Dipermudahkan jalan ke ...

Tip dan Pantang Larang Sirat

Image
"Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahanam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang mentii di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu: 'Ya Allah, selamatkan , selamatkan.' Rasulullah s.a.w pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamn keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah: 1. Banyakkan bersedekah : - Imam Abu Nu'aim meriwayatkan di dalam Hilayat Al-Auliya' sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w , maksud sabda Baginda: "Sesiapa yang memperbagus sedekah di dunia, ia akan berjaya melintasi sirat. 2. Melazimkan diri hadir ke masjid :- Hadis riwayat al-Bazzar daripada Abu Darda, bahawa Nabi s.a.w. bersabda, mafhumnya: "Sesiapa yang menjadikan masjid sebagai rumahnya, maka Allah menjamin untuknya rahmat, kenikmatan dan berjaya melintasi sirat." (Al-Bazzar berkata, sanadnya hasan) Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lai...

"...it's not what happens to you, but it's what you do about it."

Image
Apa itu musibah? Secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia itu berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan, bencana dan lain-lain. Jadi. Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai. Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada mati? Kita benci kesakitan, tetapi itu adalah lumrah hidup. Lalu hati kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? Apa perlunya musibah? Musibah ditakdirkan untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah Maha Mengetahui) sejauh mana keimanan hati kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."(Riwayat Muslim no. 6708) Dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. Apabila diuji dengan peperangan, bar...

Teguran Nabawi

Image
Dalam kehidupan ini, manusia tidak dapat lari daripada dua keadaan - ditegur atau menegur. Semua orang dapat menerima kenyataan bahawa terkadang dia perlu ditegur kerana melakukan kesilapan dan terkadang dia juga perlu menegur untuk membetulkan kesilapan pihak lain. Tulisan ringkas ini bukanlah bertujuan untuk membuat satu kesimpulan yang menyeluruh tentan cara teguran dalam Islam. Tetapi tujuan saya adalah untuk mengingatkan kita terutamanya yang terlibat dalam dakwah - secara khusus atau tidak - agar berhati-hati ketika melihat kesilapan yang ingin diperbetulkan. Adakah kita perlu menggunakan cara kasar atau dengan berlunak? Adakah kita perlu menegur dengan panjang lebar atau cukup dengan hanya peringatan ringkas? Adakah kita menegru dengan memberikan penjelasan atau cukup dengan yanga teguran umum? Namun apa yang mampu saya tegaskan di sini untuk faedah bersama ialah: Pertama, teguran perlu dilakukan untuk membetuklan keadaan terutama jika ia melibatkan perkara yang penting dalam k...