Tip dan Pantang Larang Sirat
"Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahanam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang mentii di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu: 'Ya Allah, selamatkan , selamatkan.'
Rasulullah s.a.w pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamn keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah:
1. Banyakkan bersedekah: - Imam Abu Nu'aim meriwayatkan di dalam Hilayat Al-Auliya' sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w , maksud sabda Baginda: "Sesiapa yang memperbagus sedekah di dunia, ia akan berjaya melintasi sirat.
2. Melazimkan diri hadir ke masjid:- Hadis riwayat al-Bazzar daripada Abu Darda, bahawa Nabi s.a.w. bersabda, mafhumnya: "Sesiapa yang menjadikan masjid sebagai rumahnya, maka Allah menjamin untuknya rahmat, kenikmatan dan berjaya melintasi sirat." (Al-Bazzar berkata, sanadnya hasan)
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain adalah:
Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada (gangguan) munafik, maka Allah akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahanam. Dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka Allah akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut."
Termasuk membuat tuduhan dusta di sini adalah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Ini merupakan perbuatan yang sangat keji dan tidak layak dilakukan oleh seorang Muslim, apalagi orang yang menguasai ilmu agama. Kita memohon semoga Allah membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.