Istikharahku Membisikkan Sesuatu
Bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak? Bagaimana kita nak tahu sesuatu pilihan itu adalah yang terbaik atau tidak. Apa itu Istikharah? Solat ini dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.Serahkan kepada Allah dalam membuat pilihan dengan istikharah dan muyawarah(berbincang).
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, bahwa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya"(Surah Al-Maidah)
Sebagai pengganti kepada unsur-unsur ramalan itu, Allah s.w.t mensyariatkan istikharah yang mengandungi benih tauhid di dalamnya. Tidak akan menyesal orang yang memilih untuk beristikharah sebelum memutuskan urusannya.
Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Malah boleh hadir dalam bentuk ketengan hati. Dipermudahkan jalan ke arahnya itu pun suatu petunjuk.
Jgn terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimipinya sendiriuntuk memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah bagi kita!
Hatta kaalu kita sendiriyang bermimpikan seseorang setelah istiharah, kita mesti memastikan terlebih dahulu mimpi tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan. Imam Ibn Hajar al-Asqalani menekankan supaya jangan cenderung kepada salah satu antara dua atau lebih pilihnnya sebelum membuat istikharah.
Doa Istikharah
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon penentuan-Mu yang baik dengan ilmuMu dan penetapanMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon keutamananMu Yang Maha Agung kerana sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkaulah yang mengetahui (segala sesuatu) sedangkan aku tidak mengetahui, dan sesunggunya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah ya Tuhanku, sekiranya Engkau mengetahui bahawa...(sebutkan perkara yang dihajati) adalah baik bagi diriku, agamaku, hidupku, duniaku atau natijah urusan hidupku (jangka mas terdekat atau jangka masa panjang), maka takdirkanlah kepadaku serta permudahkan dan berkatilah bagiku pada perkara itu. Dan sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini buruk bagiku, agamaku, hidupku duniaku, ataupun natijah urusan hidupku (jangka masa terdekat atau jangka masa panjang), maka jauhkan daripada ku dan jauhkanlah aku daripadanya, dan takdirkanlah bagiku yang baik sahaja bagiku di mana-mana pun dan redkanlah aku dengannya.