Posts

Doa Supaya Barang Hilang Dapat Semula

Image

Di Mana Shiroku sayang....

Image
Shiro aku hilang huhuhu....kemarin aku balik keje, selalu dia tunggu aku. Kalo dak pn bile nampak je kete aku berenti cepat2 dia datang tunggu aku bukak pintu kete...kemarin xde. Aku cari gak tapi x jumpe. Ari tu Girl hilang. Kali nie Shiro pulak isk isk isk....sedih tul hati aku. Mengalir gak la airmata aku nie...sunyi rasa rumah. Kalo dak pagi2 lagi dah dengar diaorg main kat depan. Panjat sana sini, main sembunyi2, paling diorg suke main tutup botol, x pn main guli selain dari panjat langsir pintu aku. Paling lekeh pn kalo dah x de bende nak main, diaorg main ekor sendiri...suke tengok..Diorg mmg manja ngan aku. ..rindu aaa... Diaorg tu kecik lagi. Sape2 yg jumpe ke , ambik ke tolong la pulangkan balik....

Hak Muslim: Isteri tertekan boleh tuntut fasakh

Thursday, June 21, 2007 Berita Harian, 21 jun 2007 Oleh Musa Awang Suami abai tanggungjawab sepanjang tempoh 14 tahun perkahwinan SAYA dan suami bekerja sebagai guru dan sudah berkahwin 14 tahun serta mempunyai enam anak. Sepanjang perkahwinan kami, semua gaji saya akan diperuntukkan untuk membeli keperluan rumah tangga dan sekolah anak, sedangkan suami tidak pernah ambil peduli keperluan anak. Suami lebih mendahului orang luar dan jarang berada di rumah. Balik dari sekolah, beliau akan tidur dan apabila bangun, menghabiskan masa di kedai kopi sepanjang hari sehingga lewat malam. Rutin hidup beliau setiap hari benar-benar mengecewakan saya menyebabkan jiwa saya tertekan. Kami sering bergaduh dan saya meminta suami menceraikan saya tetapi tidak dipersetujuinya. Saya sedih apabila suami mengatakan dia tidak mahu melepaskan saya kerana katanya susah mencari isteri yang baik. Disebabkan tindakannya, saya sudah tiada perasaan sayang lagi terhadapnya malah timbul benci, tertekan dan saya s...

Mudah2an lepas nie mak bapak dia tak cuai lagi...

Pagi nie aku lambat gi keje. Al kisahnya, elok aku nak kuar dari rumah, mak aku ternampak seorang budak dlm umur 2-21/2tahun kat tengah jalan depan umah aku. Look like lost. Mak aku panggil aku suh gi tengok. Mula2 aku ingat anak jiran sebelah umah aku, si Fitri. Mengucap panjang aku nengok budak tu sorang2 tengah jalan menangis. Terus aku angkat dukung dia. Tenangkan dia. Teresak2 budak tu...aku pn x tahu budak laki ke pompuan :) Perut aku pn masih sakit lagi, x pe la, sian budak. Peh tu budak tu aku bagi kat mak aku, suh dia tunggu jap, aku gi cari mak bapak budak nie...chewah..mcm private investigator la pulak..detektive canon hehehe. Gi cari dari rumah ke rumah, tanya ada sapa ilang anak. Last2 hasil kerjasama jiran2 kat situ, jumpe la aku rumah budak tu. Aku bagi salam tapi x bersahut. Pintu umah terbukak. Pintu pagar hadang tangga pun terbukak. Menurut jiran2 yg ada kat situ, mak budak tu dah gi keje. Abang dan kakak budak tu dah gi sekolah, yang tinggal hanya si bapa. Berulang k...

Bermulanya satu perjalanan yang jauh

Minggu lepas ada kematian di kawasan perumahanan aku. Auntie depan rumah aku meninggalkan dunia. Chinese penganut budha rasanya. Tgk pada persiapan dan pengurusan jenazah mendiang. Sbb betul2 depan rumah aku, jalan hampir ditutup. Dua khemah besar dipasang di atas jalan dan jenazah ditempatkan di ruang 'porch' rumah. Dipenuhi dengan bunga2 segar yang siap bergubah cantik. Keranda di selimuti kain kuning. Bermula hari Rabu petang, ramai sanak saudara dan sahabat handai rasanya yg datang menziarah. Ramai yg datang especially sebelah malam. Waktu mlm ada tok2 sami yg dijemput khas utk acara pembacaan mentera dan penghormatan. Ini berdasar pengamatan aku la.... Acara jamuan makan2 untuk para tetamu berlangsung hingga jam 1-2pagi. Time tu penuh kereta depan umah aku. Kalo lambat je balik kira mmg konpem la tak merasa masukkan kete dlm porch umah. Penuh kete sepanjang jalan. Diaorg bukak meja untuk para tetamu sampai depan pintu pagar aku huhuhu...tapi x pe la...ari nie ari org sok2 ...

Ada kalanya sepi lebih indah

Image
Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti akan kehilangannya juga suatu hari nanti atau kukuhkah sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai? Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu lebih indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu, sepi lebih indah dari sebarang bunyi. Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat. Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih dari tahu, tak ada yang lebih berharga selain dar...

Aku Serik Untuk Bertepuk

Aku serik untuk bertepuk Bukan kerana tidak berbunyi.... Bunyinya kuat Terlalu kuat cuma intonasinya tidak menarik Tanganku sakit Aku serik untuk bertepuk Kerana tanpa aku sedar Yang aku tepuk ialah dinding kukuh Yang tiadak ada Hati dan perasaan Tidak tahu menilai Apa jiwa yang menepuk Aku serik untuk bertepuk Tidak mahu lagi tangan sakit Tidak mahu dengar gauman kasar Aku serik untuk bertepuk Kerana bila kutepuk Jangkanya dapat balasan Gemalai Namun cuma hina menyiram Darah terpancul tidak menentu Mengherdik Dan mengherdik lagi Kala aku mahu bertepuk Bukan setakat tangan kanan, tangan kiriku turut sakit Kerana yang kutepuk adalah dinding Manusia berjiwa dinding Yang buat hatiku juga turut sakit