Kisah cawan dan air...


Sebiji cawan tembikar yang keseorangan, dituangkan dengan air mendidih.
Cawan merasakan itu adalah rasa cinta.
Air menjadi suam, cawan berasa sungguh selesa - "Inilah rasa kehidupan," bisiknya.
Air menjadi semakin sejuk, cawan terasa takut - semacam takut kehilangan sesuatu.
Air menjadi sejuk, cawan menjadi susah hati ingin membuang air keluar.
Air akhirnya dibuang keluar. Cawan merasa sungguh selesa.
Tapi cawan terjatuh ke lantai. Hancur berkecai setiap kepingan.
Cawan melihat kepingan-kepingannya semua terdapat kesan air.
Cawan sedar sebenarnya tanpa air hidupnya kosong.
Cawan cuba memulihkan diri sendiri untuk 'mencintai' air sekali lagi, tapi semuanya sudah terlambat kerana cawan tidak lagi boleh menampung air di dalamnya.
Sayangi orang tercinta - jangan kerana terasa sedikit salah faham atau marah atau tak suka - terus menjadi cawan yang membuang air keluar.
Jangan menyesal seperti cawan. Ada benda yang tidak dapat dipulihkan.
Senyum.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah