Berbalah dengan Tuhan kerana 10 sen?



Riba adalah satu dosa besar yang disebut-sebut dalam Al-Quran dan hadis. Sesiapa yang makan duit riba dengan sengaja, bagaikan mengajak Allah dan Rasul-Nya berperang dengan dia.
Hikmah pengharaman riba, hanya Allah sahaja yang tahu. Kalau ingin katakan kerana riba bersifat menindas SEMATA-MATA, apa sangatlah 10 sen pada majoriti kita.
Contoh riba dengan 10 sen:
1. Ali hutang dengan Ahmad RM10. Ahmad mensyaratkan Ali bayar semula RM10.10.
2. Ali beli barang dari Ahmad secara ansuran. Harga akad adalah RM10. Bayaran ansuran adalah RM5.00 setiap minggu selama dua minggu. Pada minggu ke-dua, Ali berjumpa Ahmad meminta penangguhan bayaran. Ahmad bersetuju untuk memanjangkan tempoh hutang untuk seminggu lagi, dengan syarat Ali bayar RM5.10, bukan lagi RM5.00.
Semoga kita diselamatkan dari dosa riba.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah