Letak tangan di dada

Inbox saya terima :

"...knp org lain senang je bahagia..tp sy x..
Mlm td sy nangis Pdh..sebak. masuk bilik duduk tepi dinding..nangis puas2 smbil sebut Ya Allah...lps nangis tgk diri kat cermin.mata dh bengkak"

Saya reply :

Allah sedang uji hati kita, kuatkan diri. Mereka yg kita nampak sahaja bahagia, hati mereka mungkin diuji dgn perkara lain. Kuat awk, seseorang skrg ini sedang juga mencari bahagia seperti awk, mahalkan diri, jgn mudah menaruh hati kalau tidak kepada lelaki yg bersungguh dapatkan awk. Teruskan solat taubat, mengharapkan dosa2 kita bukan penghalang rezeki utk kita, termasuklah rezeki beroleh jodoh yg baik. Teruskan istikharah, moga dipilihnya kita utk berjumpa insan2 yg beri semangat dan kekuatan bukan yg ambil kesempatan. Yakinlah, setiap dari kita ada jodohnya, tak ada terlewat atau tercepat seseorang itu bertemu jodoh. Yang ada ialah, jodoh akan sampai bila kita sendirian dan bersedia.

Tenanglah hati, senyum dan kembali jadi seorang yang bersangka baik dalam kehidupan. Letak tangan di dada, istiqfar, pejamkan mata, Allah dekat denganmu kerana setiap ujian kita terima, kita bertuah, kita dalam perhatianNYA melihat sama ada kita sabar hadapi atau kecewa dan putus asa. Jaga diri.

Catatan inbox {Aidil Sahipaludin}
{ Bercinta Selepas Nikah }

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah