Cinta selepas nikah


Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang bernama Abu Hariz, datang bertemu dengan Abdullah bin Mas’ud RA lalu menceritakan bahawa dia telah menikahi seorang gadis tetapi dia merasa takut dan bimbang kalau-kalau si gadis itu tidak menyukainya atau membencinya.

Maka Abdullah bin Mas’ud RA pun berkata;
إنّ الإلف من الله ، والفرك من الشيطان يريد أن يُكرِّه إليكم ما أحلّ الله ، فإذا أتتك فأْمُرْها أن تصلي وراءك ركعتين

‘Sesungguhnya kecintaan itu datang daripada Allah dan kebencian itu datang daripada syaitan yang mahu menjadikan kamu membenci apa yang dijadikan oleh Allah sebagai halal. Oleh yang demikian apabila dia mendatangi kamu maka perintahkanlah dia untuk solat sunat sebanyak dua rakaat dibelakang kamu (menjadi makmum).’ [Riwayat Ibn Abi Syaibah dan disahihkan oleh Syeikh Albani]

# Allah yang memberikan cinta, justeru mohon pada Allah dan dapatkan cinta dengan cara yang halal bukan dengan cara yang maksiat dan haram.

# Cinta selepas nikah boleh dicapai jika masing-masing benar-benar berusaha untuk mencapai keredhaan Allah.

# Kadang-kadang yang menyebabkan kita berselisih adalah kerana dosa yang dilakukan oleh salah seorang atau keduanya. Rasulullah salallahualaihiwassalam diriwayatkan pernah bersabda;

ما تواد اثنان في الله فيفرق بينهما إلا بذنب يحدثه أحدهما

‘Tidaklah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah kemudian berselisih kedua-duanya melainkan disebabkan oleh kerana dosa salah seorang daripada mereka.’ [Riwayat al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad]

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah