Tips tangani pasangan yang baran - Dato' Dr Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum. Ramai yg bertanya cara tangani pasangan/ org yg baran. Baran ni mungkin sbb genetik/ keturunan, jahil coping skills utk tangani baran, TAK JAGA SOLAT, hati yg kotor, alah dgn bisikan setan, terlalu stres, etc. Prinsip hidup, jika kita berubah maka Allah akan ubah semua org di sekitar kita. Justeru mulai hari ini, cuba overhaul diri kita & pujuk org yg baran tu utk overhaul diri dengan:
1. Jaga solat 5 waktu & lakukan solat2 sunat qabliah & ba'diah utk menampung segala kekurangan dlm solat2 fardu.
2. Solat taubat & istighfar 70X sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, doa makbul & semua org sayang. Mmg elok jika dpt SOLAT HAJAT UTK MOHON PASANGAN BERUBAH, JADI INSAN YG SOLEH & SYG KELUARGA . Lakukan juga istikharah utk mohon panduan tangani ke baran ni & tutup dgn solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap mlm sepanjang hayat sbg pembalut kpd segala amalan kita seharian agar dpt di serahkan kpd Allah dgn sempurna.
3. Maafkan semua org setiap mlm sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul & semua org maafkan kita & Allah pulihkan pasangan drp masalah baran.
4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 & ayat qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yg mengamalkan doa2 tersebut, maka org bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, selesai masalah, langsai hutang, terhakis sifat mazmumah, dsbnya. Doa2 ni ada di Fanpage saya ni. Scrol ke bwh hingga jumpa doa2 tu.
5. Pagar diri dgn fatehah & surah 3 Qul, hembus tapak tgn & sapu seluruh badan. Ini akan menghindar drp gangguan manusia, binatang, jin & sihir.
6. Lembutkan hati pasangan dgn fatehah, Surah al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, ayat qursi & hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yg dah di pakai sebelum di cuci. Utk lembutkan hati sendiri, sedut & telan air liur selepas membaca ayat2 di atas.
7. Layan pasangan lebih baik drp biasa agar Allah ubah hatinya & buat dia rasa bersalah melayan u secara kasar & kurang sopan.
8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat, baca Bismillah 3X, senyum, beri salam & masuk dgn melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan setan bernama DASIM yg duduk atas pintu drp masuk kepala & ganggu supaya manusia bergaduh, suami isteri bertengkar, ahli keluarga mudah jadi BARAN, mudah melakukan maksiat, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, dsbnya.
9. Setiap kali nak bercakap dgn org yg baran, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & hembus ke arah org tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dpt mendengar cakap atau hujah u.
10. Puji dulu sblm menegur agar tak tercalar egonya.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi saw: 1. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. 2. Ya Allah, aku redha dengan segala ujian dari Mu ya Allah 3. Ya Allah, aku ada masalah dgn pasangan yg baran, tak jaga solat, enggan terima nasihat ya Allah. Kau bantulah selesaikan masalah kami ya Allah. Jadikan dia insan yg soleh, pemaaf, lemah lembut, boleh di ajak berbincang, sayangi keluarga, bertanggungjawab, tidak baran,ELAK BUAT MAKSIAT, dsbnya. Insya Allah hati akan tenang & doa akan makbul.
12. Rawat gangguan meta fizikal atau sihir yg ada pd pasangan (jika ada) dgn membaca DOA MANZIL & YAASIIN SEKERAP YG MUNGKIN. Dapatkan DOA MANZIL drp mana2 kedai buku Islam.
13. Tukar penampilan agar lebih ayu dengan tukar fesyen rambut, tukar perfume baru, buat rawatan muka, exercise, tukar warna kegemaran kpd warna yg pasangan suka. Lakukan apa saja mengikut kemampuan kewangan & kemampuan diri.
14. Tukar hiasan rumah -- recycle langsir, rearrange kerusi meja -- apa saja perubahan agar rumah nampak berbeza. Bila suasana di rumah berbeza, insya Allah pasangan akan mudah berubah ke arah yg positif.
Cuba amalkan amalan di atas selama 40 hari krn tabiat baru terbentuk dlm 40 hari. Insya Allah akan nampak perubahan positif, langkah demi langkah. Selepas istikharah & bincang dgn ahli keluarga yg lain, buatlah keputusan yg muktamad. Moga Allah bantu kita semua. Aamiin, wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah