Soalan : Terlanjur



A'kum Ustaz,

Saya ada kemusykilan dan ingin bertanya beberapa soalan kepada Ustaz. Diharap ustaz dapat membantu menjawab kemusykilan saya.

Pada bulan lepas saya telah terlanjur (berzina) dengan teman wanita saya. Baru-baru ini teman wanita saya telah berjumpa dgn doktor untuk 'pregnancy test'. Doktor mengesahkan hasil daripada ujian tersebut adalah positif yg bermakna telah sahlah bahawa teman wanita saya itu mengandung. Sekarang ini saya dan teman wanita saya sedang berfikir untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Soalan-soalan saya adalah seperti berikut:-

Pada pendapat Ustaz, apakah jalan yg sebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah ini?

Jika saya ingin menikahi teman wanita saya itu, siapakah yang patut menjadi wali kepadanya? Untuk pengetahuan pihak Ustaz, bapanya telah meninggal dunia, tetapi dia masih mempunyai abang. Tapi, saya rasa akan ada masalah, ada kemungkinan abang-abangnya tidak mahu mewalikan teman wanita saya. Dalam hal ini. bolehkah pernikahan kami diwalikan oleh wali hakim?

Jika kami berjaya berkahwin, bagaimana pula dgn nama anak itu? Berdasarkan kajian saya, anak itu masih dibolehkan dinamakan atas nama saya jika anak itu lahir selepas 6 bulan kami bernikah. Bagaimana pula dgn perkara berkaitan dgn wali jika anak itu adalah perempuan?

Ada kemungkinan penentangan dari pihak keluarga jika kami berkahwin. Salah satu penyelesaian yang kami fikirkan adalah teman wanita saya pergi ke sesuatu tempat untuk melahirkan bayi itu tanpa kami berkahwin. Dan kami akan berkahwin kemudian dengan mengadakan majlis perkahwinan seperti yg dilakukan secara biasa oleh pasangan islam lain. Ini untuk mengelakkan daripada pihak keluarga mengetahui apa yg telah terjadi kerana perkara ini adalah sesuatu yg memalukan mereka. Adakah penyelesaian ini dibolehkan? Apa pula yg akan terjadi kepada bayi tersebut? Bolehkah dinamakan atas nama saya? Siapakah walinya jika bayi itu perempuan dan tiba masanya untuk berkahwin? Adakah saya masih boleh menjadi wakil kepada ibunya untuk menjadi wali?

Umur kandungan itu sekarang belum mencecah 1 bulan, adakah dibolehkan dalam Islam untuk kami menggugurkan kandungan itu jika kami mengambil tindakan ini sebagai salah satu cara penyelesaian?

Mungkin ada perkara2 lain yg perlu saya tahu untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi mungkin tidak saya nyatakan di atas. Diharap pihak Ustaz dapat memberitahu segala hal2 yg berkaitan dgn permasalahan ini yg mungkin terjadi pada masa terdekat dan jauh untuk saya ketahui. Segala bantuan Ustaz saya dahului dgn ucapan terima kasih. Semoga Allah memberkati hidup Ustaz dan saya yg berada dalam kemusykilan ini. Semoga Allah ampunkan dosa saya dan teman wanita saya.
Sekian sahaja. Wassalam.


Jawapan

Assalamu'alaikum

Saudara,

Saudara dan pasangan perlu bertaubat terlebih dahulu dan berjanji dengan diri masing-masing untuk tidak lagi mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Saudara dan pasangan digalakkan bernikah.

Jika wanita tersebut mempunyai bapa, beliau adalah wali nasab yang berhak menikahkan. Jika tiada bapa, akan berpindah kepada turutan wali berikut : datuk sebelah bapa, adaik-beradik lelaki seibu sebapa, adik beradik lelaki sebapa, anak saudara lelaki sebelah bapa seibu sebapa, anak saudara lelaki sebelah bapa sebapa, bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa, bapa saudara sebelah bapa sebapa, sepupu lelaki sebelah bapa seibu sebapa dan sepupu lelaki sebelah bapa sebapa.

Jika wali nasab enggan mewalikan pernikahan, wanita itu boleh merujuk ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat beliau bermastautin dan membuat permohonan untuk berwalikan hakim. Jika perundingan dengaan wali masih gagal, satu laporan akan dikeluarkan oleh pihak Pejabat Agama untuk wanita itu membuat permohonan bernikah dengan berwalikan hakim di Mahkamah Rendah Syariah yang berkaitan.

Anak itu boleh dibin atau dibintikan kepada saudara jika usia kandungannya di antara saudara bernikah dan dia lahir adalah tidak kurang daripada 6 bulan hijrah.

Jika wanita itu melahirkan anak sebelum bernikah, anak itu tidak boleh dibinkan atas nama saudara dan dia perlu diwalikan oleh wali hakim.

Sila rujuk ke Jabatan Mufti/Agama yang berdekatan untuk bertanyakan hukum menggugurkan kandungan itu.

Sekian, Wallahu'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah